Tuesday, March 9, 2010

APAM BERAS WARNA WARNI



Assalamualaikum dan selamat petang semua. Apam beras ini saya buat atas permintaan anak-anak yang teramat suka memakannya. Resepinya telah saya letakkan dalam entri yang terdahulu. Bukan anak-anak saya sahaja suka memakannya, anak-anak jiran sebelah pun turut suka sama. Mungkin mereka tertarik dengan warnanya yang bermacam dan rasanya yang lembut waktu dikunyah dan agak manis di lidah. Budak-budak biasalah. Makan manis-manis pun badan tidak naik cuma kena rajin memberus gigi lah. Hehe....Jom tengok apam beras saya edisi ke dua ini.

No comments:

Post a Comment