Thursday, March 11, 2010

NASI AYAM PANGGANG




Assalamualaikum dan selamat malam Jumaat semua. Nasi ayam panggang paling simple saya buat. Nasi yang saya gunakan adalah beras siam kampit cap pisang, bukan siam yang banyak kanji tetapi lebih kurang rasanya macam beras herba ponni. Sejak tinggal di Kelantan ini, tekak pun mengada-ngada hendak makan beras cap serindit, pisang, angsa emas dan lainnya. Sudah tidak mahu menelan beras berkanji AAA seperti lagenda sewaktu tinggal di Pahang dan Johor. Esok-esok pindah ke tempat lain kena import beras dari Kelantanlah nampaknya. Hehe.. Suami dan anak-anak memang gemar makan nasi ayam. Menurut anak sulung, nasi ayam emak lagi sedap dari nasi ayam Radix. Hehe...

Bahan-bahan untuk nasi:

3 cawan kecil beras
4 gelas air rebusan ayam
1 sudu besar hirisan halia muda

Cara-caranya:

1. Masuk semua bahan di dalam periuk dan masak nasi macam biasa.

Bahan-bahan untuk air rebusan:

1.3 kg ayam organik HPA
3 biji bawang besar dipotong berbaji
3 biji bawang putih dititik
5 batang serai dititik
1 inci halia dititik
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
garam secukupnya

Cara-caranya:

1. Masuk semua bahan dalam periuk, tambahkan air secukupnya dan rebus hingga mendidih.

Bahan-bahan untuk ayam:

Ayam yang telah direbus tadi.
1 inci halia ditumbuk
3 biji bawang putih ditumbuk
sedikit kicap pekat
sedikit sos tiram

Cara-caranya:

1. Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk dengan sos tiram dan kicap pekat.
2. Lumurkan bahan-bahan tadi pada ayam dan perap seketika.
3. Panaskan ketuhar 190C dan bakar ayam tadi 30 minit dengan api atas, iaitu 15 minit setiap bahagian ayam.

Untuk sos hitam, bahan-bahannya:

3 biji bawang putih ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
sedikit kicap pekat

Cara-caranya:

1. Tumis bawang putih yang ditumbuk tadi, masukkan air rebusan ayam dan kicap pekat. Kacau sebati. Biar di atas api hingga mendidih.

Untuk sos lada, bahan-bahannya:

5 biji cili merah dikisar
3 biji bawang putih dikisar
3 biji limau kasturi diambil airnya
garam, gula dan perasa secukupnya

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan dalam periuk. Tambah air secukupnya. Kacau sebati. Masak dengan api sederhana hingga mendidih.

Untuk sup:

Air rebusan ayam ( boleh tambah air untuk lebihkan kuah )
hirisan daun bawang dan daun sup
garam dan perasa secukupnya

Cara-caranya:

1. Masukkan lebihan air rebusan ayam tadi ( saya suka gunakan air yang banyak ketika merebus ayam )
2. Tambahkan garam dan serbuk perasa dan masak hingga mendidih.
3. Ketika menghidang, tabur kuah sup dengan hirisan daun bawang dan daun sup.

4 comments:

  1. Uish, sedapnya! Love's fav chicken is here! yum yum! ;)

    ReplyDelete
  2. Salam kak anis.. Rindu la kat nasik beras import tu..he3.. Biasanya bila blik kg,sy seludup jg bw mai sini 2, 3 kampit.. Ayam tu kalo panggang ats bara lg sdp kn. Blh rasa aroma asap dan original..

    ReplyDelete
  3. selamat malam love. love pn suka nasi ayam ya. klu dkt blh akk bg rasakan.:))

    ReplyDelete
  4. salam en daun. itulah kdg2 gelihati pn ada nak melayan tekak ni. bila mkn beras lain mcm tak kenyang aje. tp en daun berai import ni lg baik rasanya sbb tak byk kanji. suami akk kata nnti klu pindah tempat lain kena minta tlg staff poskan. hehe... betul tu. bara blh cari tp nak menghidupkan bara tu yg akk tak pass. hehe...

    ReplyDelete