Wednesday, March 17, 2010

APAM MARMAR



Assalamualaikum dan selamat pagi Khamis. Terasa sekejap benar masa berjalan, cuti sekolah hampir ke penghujung. Cuti sekolah kali ini hanya dihabiskan di rumah, suami sibuk bekerja dan Noor Hamimah pula sibuk dengan kelas tambahan serta seminar menjawab kertas peperiksaan UPSRnya.
Apam marmar ini memang telah lama masuk dalam list tetapi baru sekarang saya buat. Anak ke 2 saya memang gemar sangat-sangat makan apam. Paling dia suka apam beras Am (flora).
Oleh kerana resepi ini sudah lama dalam simpanan, saya terlupa siapa yang menyumbangkannya. Yang pasti dari internet. Apa-apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih. Apam marmar saya ini tidak berapa cantik, mungkin kerana saya menggunakan loyang yang agak lebar. Rasanya sedap, gebu, sangat lembut dan berbau harum pandan walaupun tidak menggunakan daun pandan. Mungkin aroma dari santan kotak yang saya gunakan.
Jom tengok resepi....

Bahan-bahannya:

250 gram tepung naik sendiri
200 ml santan
200 gram gula halus
2 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovallete
secubit garam (saya lupa letak)
pewarna merah dan hijau

Cara-caranya:

1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali pewarna. Kacau perlahan dengan spatula. Bila adunan sudah sebati, gunakan pemutar elektrik dengan kelajuan tinggi hingga adunan benar-benar kembang dan gebu.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan merah dan hijau. Sebahagian lagi dibiarkan dengan warna asal.
3. Lenser loyang dengan mentega dan masukkan adunan merah dan hijau berselang-seli. Akhir sekali masukkan adunan asal.
4. Gunakan spatula dan buat pusingan membulat 1 atau 2 kali.
5. Kukus selama 45 minit dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

4 comments:

  1. salam..kak ermm best nyer...comel lak tu..pndai nyer akak masak ekkkk...huhuhuhu nak copy gak ekk resepi leh takk

    ReplyDelete
  2. Salam kak anis, kak anis ni mmg pandai+rajin msk la.Untung cik abe dpt isteri mcm kak anis ni. Apam marmar colorful ye.Sdp tu tp nape nama dia apam marmar?Apam pelangi lg ok. He3..

    ReplyDelete
  3. salam umiliya. copy lah umiliya n jgn lupa cuba. insyaAllah cik abe n anak suka. cik abe akk ni mmg pelik sikit, dia rasa secubit je. hehe...

    ReplyDelete
  4. salam en daun. tak tahu le knp disebut apam marmar. akk letak aje nama spt yg diberi. alhamdulillah mmg sedap rasanya. boleh suri en daun cuba, puteri en daun pn ttu suka.

    ReplyDelete