Wednesday, March 24, 2010

APOM BERAS



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Tadi selepas solat asar saya ke dapur lagi untuk menyediakan kuih apom beras ini. Kuih ini merupakan makanan orang India. Mula-mula teringin hendak membuat serabai tetapi mengenangkan sudah petang dan perlu membuat kuah sekali terpaksalah saya pendam niat itu dulu. Tunggu my darling balik dari KL untuk mencari durian dibuat serawa. Alhamdulillah, menjadi apom saya ini. Rasanya sedap dan Hamimah dalam gelak ketawa sebab didera saya suruh makan telah dapat menghabiskan 2 keping apom sebesar lempeng ini. Resepi saya ambil dari internet tetapi kalau mengikut bulat-bulat seperti yang ditulis memang tidak jadi. Kena tambahkan air seperti adunan membuat lempeng. Apa-apa pun terima kasih dari sumber masakan ini dan maafkan saya sebab mengolah sedikit resepi ini. Jom kita kongsi resepi dan pastikan sukatan air dan gula hendaklah ditambah.


Bahan-bahannya:

300 gram tepung beras
270 mi santan pekat
1 sudu kecil yis kering
60 gram gula
1/2 cawan nasi
secubit garam

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk besar. Kacau dengan spatula. Tambahkan air secukupnya dan kacau lagi.
2. Masukkan adunan tadi ke dalam jug pengisar dan kisar hingga halus. Rehatkan adunan ini selama 1 jam.
3. Panaskan kuali non-stik dan masukkan 11/2 senduk besar ke dalamnya. Lenggangkan merata di dalam kuali. Tutup kuali tersebut dan biar 2 hingga 3 minit.
4. Angkat apom dan lipat 2. Buat langkah 3 dan 4 hingga habis.

4 comments:

  1. Salam Anis,Saya Dayang sophia dari Shah Alam. nama anda sangat manis serupa dengan my nama my doter. Salam pengenalan. Saya link..

    Anyway sedap apom tu saya sukeee

    ReplyDelete
  2. salam fuzidss. t.kasih. anak fuzdiss cute sgt, geram akk tgk pipinya yg kemerah-merahan tu. ttu ibunya cantik juga. salam perkenalan dr akk juga.

    ReplyDelete
  3. Salam kak anis.. Rajin la kak anis buat kuih. Apom ni kalo kat sini dipanggil apom lenggang. Di Kelate pn ada kuih yg spt ni tp cara buat lain skt. Kna bkr gna bks khas dn bila masak ia jd lbh gebu mcm piring terbang UFO tu.Mkn dgn kelapa parut.Kuih tu dikenali sbg Apam @ 'ape' dlm loghat Kelate.

    ReplyDelete
  4. salam en daun. akk blm try lg ape lenggang tu. bila en daun btau teringin plk nak rasa. esok g pasar akk nak jenguk kat gerai jual kuih tu. hehe... biasalah en daun surirumah. hehe....

    ReplyDelete