Assalamualaikum semua dan selamat malam. Kedua-dua juadah ini bukan saya yang masak tetapi diberikan oleh salah seorang kariah masjid sempena majlis sambutan Maulidur Rasul seusai solat Jumaat tadi. Alhamdulillah, rezeki. Sebenarnya suami menghadiri majlis tersebut tanpa menjamah hidangan yang disediakan sebab sebelum bersolat beliau telah makan terlebih dahulu jadi perut masih penuh. Namun Tuan Haji Rahim yang perihatin ini telah membungkuskan dua jenis lauk ini dan menghantarkannya ke rumah. Memang payah hendak mendapat jiran sebaik tuan haji dan isterinya. Singgang daging ini saya pandai masak. Hehe... Sementara gulai daging dengan rebung ini saya belum sempat mempelajarinya lagi. Mudah-mudahan dapatlah saya belajar memasak juadah ini satu hari nanti sebab rasanya memang sedap. Tambahan bila dimakan dengan nasi panas. Jom cuci-cuci dan jamu-jamu mata...
rebung tu yg fresh atau yg dijeruk..?
ReplyDeletesaya suka yg fresh...tak berbau...tp payah nak dapat..
anak2 tak suka baunya tp saya dan suami pulun ja..
singgang daging tu simple ja...just taruk halia,lengkuas,cili kering dipotong2,ketumbar biji,asam keping,garam,bwg putih dan besar..
salam kak anis,
ReplyDeleteapa khabar kak? sedapnya gulai daging! nampak macam gulai kawah ya? buat saya lapar...hihi
salam kak..
ReplyDeletewahhhhhhh..sdapnya gulai daging dgn rebung..lagi satu..gulai daging dgn umbut kelapa mmg killing abis...
salam kamsiah. selalunya klu utk majlis2 mcm ni org kg gunakan rebung yg fresh. betullah tu masak singgang daging. mmg simple tp sedap cuma anak2 n suami tak gemar aje.
ReplyDeletesalam indah. mmg sedap gulai ni. betullah tu, lebih kurang gulai kawah je cuma tambah rebung.
ReplyDeletesalam chempaqa. akk setuju sgt2 dgn chempaqa. hehe... akk mmg minat sgt mkn gulai daging mcm ni, lbh2 lg klu kuahnya tak pekat. mmg sedap.
ReplyDeleteSalam kak anis.. Kedua2 menu tu sy suka. Singgang mgkn sesuai dgn tekak org Kelate. Bg sy mskn jnis singgang blh dikategorikn sbg menu sihat sbb krg lmk.
ReplyDelete