Monday, March 8, 2010

APAM PISANG COKLAT



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Apam pisang coklat ini saya buat semalam untuk minum petang. Saya ambil resepinya dari blogger yatie memories yang cantik lagi rajin memasak itu. Hehe... Mudah sahaja membuatnya bila bahan-bahan semua ada.
Jumaat lalu saya dan suami ke gerai buah FAMA, suami bersuara saya hendak buat apa dengan 2 kilogram pisang emas yang saya beli itu. Saiz pisangnya pula agak besar. Pagi Sabtu lalu saya buat jemput-jemput pisang untuk sarapan. Masih ada senarai resepi dari pisang dalam kepala yang saya hendak cuba. Antaranya apam pisang dan kek pisang lembab.
Untuk 6-7 biji pisang ( anggaran 1 cawan ) dapat menghasilkan apam pisang coklat yang agak banyak. Anak-anak pun kekenyangan, sementara suami langsung tidak menjamah. Jawapan standard bila ditanya, ' awakkan tahu saya tak minat '. Huhu... Sesiapa yang berminat hendak membuat apam pisang coklat sendiri, bolehlah rajin-rajin jengok blog yatie dan teman masak-masak yang lain. Layannnn....

Bahan-bahannya:

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
secubit garam halus

Bahan B:
1 cawan pisang emak dilenyek
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula perang
2 biji telur ( dipukul sedikit )

Cara-caranya:

1. Campurkan bahan-bahan A dan ayak bersama. Ketepikan.
2. Pukul sedikit telur, tambahkan dengan bahan-bahan B yang lain. Kacau sebati.
3. Masukkan bahan A ke dalam adunan B dan gaul sebati.
4. Panaskan kukusan. Masukkan adunan apam tadi ke dalam bekas-bekas kecil dan kukus 10 hingga 15 minit.

Selamat mencuba Umiliya....

2 comments:

  1. Salam anis...
    Ishk nampak best apam pisang coklat anis tu... akak lom penah terai lagi buat apam ke kek ke kombain ngan choc/coco powder...InsyaAllah boley try ni one day... thx :)

    ReplyDelete
  2. salam kakfzi. saya pn baru pertama kali cuba buat apam pisang coklat ni. alhamdulillah kak sedap. ms buat tu sy guna 1/2 cwn gula perang n tak manis jd bila letak resepi sy bg 3/4 cawan gula perang. biar lg sedap n cukup rasa. hehe...

    ReplyDelete