Assalamualaikum dan selamat petang semua. Sambal goreng ini saya masak untuk semalam. Anak saya yang baru pulang dari sekolah terus meluru ke dapur dan bertanya," emak masak apa, sedapnya bau." Hehe... Sebenarnya sambal goreng saya ini tidak cukup bahan tetapi harum tumisannya yang menggoda hidung yang terhidu. Anak-anak kalau makan berlaukkan sambal goreng, udang sahajalah yang dimakan. Sesekali letak paru lembu, mereka suka tetapi tiada pula sewaktu ke pasar hari itu. Saya suka makan tempenya sementara suami pula kentang. Macam-macam selerakan. Hehe... Sebenarnya saya pening hendak masak apa dengan udang 1/2 kg ini. Masak sambal tumis, lemak nenas, kari atau rendang mesti bersisa banyak. Saya memang tidak gemar makan udang tetapi tiap-tiap minggu mesti ada menu berasaskan udang sebab suami suka. Kalau dimasak sambal alamatnya sambal sahaja yang laku sebab anak-anak rajin bakar roti dan cicah sambal tumis, udangnya menangis sebab tidak laku. Hehe... Jom jamu mata....
No comments:
Post a Comment