Assalamualaikum dan selamat malam semua. Bubur jagung dari jagung mentah yang saya beli di gerai menjual jagung rebus di Pantai Cahaya Bulan semalam. Sudah lama teringin hendak makan bubur jagung ini. Bukan tiada di jual di gerai-gerai kuih tetapi teringin pula hendak buat sendiri. Kecil-kecil dulu selalu makan bubur jagung air tangan arwah emak yang manis dan lemak. Arwah memang suka sangat dengan jagung apatah lagi yang direbus. Jagungnya pula arwah tanam sendiri bersama kakak saya yang ke 3 dan ke 5. Saya dan adik Noni, masa itu buat menyibuk saja. Sebelum memasukkan benih jagung dalam lubang yang telah dikorek terlebih dahulu, arwah mesti berpesan jangan gelak-gelak, bercakap atau buka mulut semasa menanam benih jagung ini takut nanti jagungnya jarang-jarang isinya. Hehe... Selain menanam jagung, arwah juga menanam kacang tanah dan cili padi. Masih terasa seronoknya mengorek kacang tanah untuk direbus. Rasanya lebih sedap, manis dan lemak berbanding kacang tanah rebus yang dibeli. Bubur jagung ini saya masak tidak mengikut sukatan dan semua bahan-bahannya saya pakai agak-agak. Kurang air, santan dan gula saya tambah lagi bahan-bahan itu secukup rasa. Jom jamu mata....
Assalamua'alaikum kak anis.... Sy dtg mlm2 ni nk tmpg mkn bubur jagung. Sedap tu kak anis buat. Rindu la pulak nk mkn jagung bkr yg org dok kat tepi jln nk g PCB tu. Masa blik hr tu takdak pula org jual sbb bkn musim org tnm jagung..huhu..
ReplyDeletenes ..arwah mak memang rajin bercucuk tanam..alah mak tu semua rajin lah..al fatihah untuk mak..
ReplyDeletedulu masa nak tanam pokok jagung..usop pernah main kat situ bawak lastik burung..hehe..
Salam anis...
ReplyDeleteOhh akak suka sangat bubur jagung...paberet seisi keluarga tuh. Dalam banyak2 bubur, bubur jagung paling best!
Kalu anis tak keberatan, jemput tengok menu kat umah akak di fzmenu... ada gak hari tu post citer bubur jagung...hehe
salam en daun. tepi jln yg byk gerai jual jagung tu namanya apa ya? klu ada cuti n ada kelapangan balik le kg en daun. klate dah melambai2 ni. hehe...
ReplyDeletemmg le ne. noni tak yg ikut kelebihan emak. bila tgk jagung ni rindu betul dgn arwah mak. ingat masa kecik2 dulu. arwah mak mmg suka sgt dgn jagung. teringat aku ms jaga arwah sakit dulu. ms tu mimah 2 thn lebih. bapak beli jagung rebus kat pasar malam jd lepas aku kupas kulit jagung tu aku beri kat arwah. mimah punya aku kopek sebiji2. emak panggil aku, rupa2nya dia minta jagung kat tangan aku yg siap dikopek tu. klu ingat2 sedih sgt. al fatihah untuk arwah mak...
ReplyDeletesalam kakfzi. dah g blog masak2 kakfzi tu. pandainya kakfzi masak, sy link blog kakfzi ya. bolehlah sy cuba resepi yg ada. sy geram tgk donut kakfzi yg gebu2 tu. best sgt. hehe...
ReplyDelete