Ikan masak kicap kegemaran suami dan anak sulung. Hamimah cukup dengan ikan goreng dengan kicap manis sahaja. Puas dipujuk makan lauk yang lain."Adik tak suka," katanya.
Peria masak tumis kering dengan telur. Percaya tak hanya saya seorang yang memakannya. Anak-anak semua ikut suami tidak makan sayur. Huhu...
Lobak putih masak asam, kalau arwah mak masak bening. Itu pun masa kami anak-anak perempuan dalam pantang. Selalunya arwah mak akan gunakan terung unggu masak asam rebus macam ini. Boleh tahan rasanya....
Sdpnya menu lunch hari ni... Sy blik solat Jumaat blm mkn lagi ni.. Tiba2 terasa lapar yg amat bila lihat menu kak anis msk..
ReplyDeletesalam en daun. simple je akk masak ni. untunglah isteri en daun sbb mudah memenuhi selera suami. hehe..
ReplyDelete