Monday, March 29, 2010

MEE UDANG




Assalamualaikum. Entri tambahan untuk hari ini, mee udang edisi campak-campak dan tidak cukup bahan. Macam-macam ada dalam kepala mee yang sejemput ini hendak masak mee gorenglah, char meelah, mee hailamlah tetapi akhirnya termasak mee udang pula. Hehe... Maaflah, mee udang ini bukanlah resepi original. Terlupa hendak letak sos tomato dan sos cili. Hirisan tauhu goreng dan taugeh pun tiada. Udangnya pun saya masukkan dalam kuah masa kuah sudah mendidih. Stok ayam pun tiada sebab saya masukkan terus hirisan daging ayam ke dalam kuahnya. Bebola, kek ikan juga tiada. Huhu... Alhamdulilah respon anak-anak baik sahaja. Sedap mak... Suami pun suka. Seronok betul, kembang badan yang sudah sedia kembang ni. Hehe...Jom tengok gambar. Kalau teringin resepi oyaklah ya. Tidak rugi mencuba...

4 comments:

  1. salam kak anis,
    sukanya tengok udang besar2 atas mee tu. adus...lapar balik rasanya.

    ReplyDelete
  2. Salam kak anis yg rajin masak... Sdpnya mee udang kak anis buat ni. Rasanya saya x leh mkn mee ni sbb ada udang. Kalo mkn msti alergik pnya. Mee udang kak anis masak ni smuanya ok tp mcm biasa la sy nk komen ttg teknik pemotongan. Nmpknya teknik memotong telor tu perlu dipertingkatkn lg supaya hasil potongan lbh kemas dn rata..hehehe...

    ReplyDelete
  3. salam indah. nak abiskan stok udang mggu ni lah indah tu yg masuk semua udang yg ada dlm kuah. hehe...

    ReplyDelete
  4. salam en daun. suami akk gelak en daun tegur akk psl teknik potong telur tu. ni kena berguru dgn en daun rasanya bab motong memotong ni. hehe...kdg2 rajin ni ikut angin juga. jgn puji sgt2 la, malu akk. lg pn byk kekurangannya akk ni.:))

    ReplyDelete