Terung masak sambal. Terung digoreng terlebih dahulu. Toskan minyaknya. Kisar lada merah, cili api, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan sedikit belacan bersama air asam. Tumis bahan kisar tadi dengan lebihan minyak gorengan terung hingga pecah minyak. Rasakan dengan garam dan gula. Masukkan terung yang digoreng tadi dan gaul rata.
Kerang bakar, mula-mula hendak masak ala-ala pindang dan letak daun kunyit tetapi anak-anak lebih suka bakar. Jadi bakar sahajalah, malangnya tergaringlah pula. Respon anak-anak, baik punya. Sedap sahaja. Hehe...
Sambal cuka untuk dicicah dengan isi kerang bakar. Terpaksa guna cili merah sebab kurang pedas. Kalau arwah emak selalunya tumbukkan cili api, bawang putih dan gula. Kemudian tambah dengan cuka. Memang berasap telinga sekiranya dicicah isi kerang rebus tetapi sedap sangat, masih terasa-rasa di lidah. Rindu sungguh dengan arwah emak yang cantik dan rajin memasak. Al Fatihah..
Assalamualaikum dan selamat petang semua. Jom lah jamu mata hidangan ringkas saya hari ini. Selera suami memang lebih pada hidangan ringkas dan lauk pauk kampung. Santan-santan dan rempah-rempah memang kurang sedikit tetapi saya pula suka mencuba memasak hidangan yang pelbagai.
Salam kak anis, sdp tu kerang bakar, kat sini pyh skt nk dpt kerang.Ada musim2 je.Dh tu hrga mhl skt.Mknn laut jnis lain byk pula.Last seklai sy mkn kerang bln posa thn lps.Skrg rupa kerang pn takdak kat pasar..huhu..
ReplyDeletesalam en daun. ala kesiannya. kat KB ni time pose pn byk peniaga jual kerang. td kebetulan g pasar basah wakaf che yeh ada plk kerang ni. 1 kg RM3, beli 2kg dpt RM5 je. Saiznya comel je en daun, tu yg bila dibakar cepat garing. anak2 akk ngapp je. hehe...suami je yg komen. tgk le gambar kerang ni en daun buat penyembuh rindu. hehe... nak bg rasa jauh sgt.:))
ReplyDeleteBkn penyembuh rindu tp pnambah rindu kat kerang tu..huhu..
ReplyDeletememang sedap sambal cuka yang arwah mak ajar tu..sambal asam mak pun sedap..ada kawan aku kat sini mintak resepi sambal asam mak... :-)
ReplyDeletesalam anis, kecurlah yatie bila tngk lauk kerang dan sambal terung tu....mmng nmpk sedap sangat....lauk kegemaran yatie....sbb tu yatie kata kita serasi...bila tngk menu2 yg anis msk, menggingatkan yatie masa di msia.
ReplyDeleteKlau yatie msk mcm ni...asyik lapar je, walaupun baru mkn dan bertambah....berselera betulllllllll....
tp aku dah lama tak mkn sambal cuka tu ne. klu buat pn aku sorg je yg mkn. hehe... sambal asam arwah mak paling sedap cicah dengan jantung pisang celur. tp bila aku buat sambal asam tu mcm cemplang je. hehe...
ReplyDeletesalam yatie. baru pagi ni dpt bls komen yatie. lama ke yatie kat us? kat umah ni klu takde sambal tak sah. mcm kurang je lauk. betullah, insyaAllah kita mmg serasi sbb td akk pn masak lemak nenas cuma guna ikan masin je yg lain. hehe...
ReplyDelete