Assalamualaikum dan selamat malam semua. Terharu rasanya bila ada adik-adik yang melawat blog saya mengatakan yang mereka sangat menyukai dan menjadi peminat setia blog saya. Ribuan terimakasih saya ucapkan buat adik-adik ini, syana&ilia. Manakan tidak blog saya ini hanya sempat saya 'update' sewaktu masa senggang bagi mengisi masa saya sahaja. Manakala menu-menunya hanya dari yang ringkas, mudah dan biasa-biasa juga. Apa pun syukur alhamdulillah.
Menu yang ringkas tetapi digemari anak-anak. Alhamdulillah hampir licin sekali makan dilawankan dengan nasi hangat. Sepanjang minggu lepas suami tiada jadi saya berani mencuba masakan begini, kalau mengikut selera suami udang laut saiz besar begini layaknya digoreng rangup dengan tepung sahaja. Hehe...
Jom kita kongsi resepi sempoi ini....
Bahan-bahannya:
500 gm udang laut saiz besar disiang dan cuci bersih
9 biji cili api dititik
3 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit lada putih ditumbuk
sedikit kicap masin
sedikit kicap manis
sedikit sos tomato
sedikit sos tiram
sedikit sos cili - sekiranya tidak menggunakan cili api
sedikit serbuk kunyit
secubit garam
Cara-caranya:
1. Lumurkan udang dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kulit udang kemerah-merahan.
2. Dengan menggunakan minyak gorengan udang tadi (kalau banyak sila kurangkan), tumislah bawang putih dan lada putih hingga naik bau.
3. Masukkan kicap masin, kicap manis, sos tomato, sos cili dan sos tiram serba sedikit. Kacau sebati.
4. Masukkan udang yang telah digoreng tadi, gaul dengan mesra. Biarkan di atas api seketika. Bolehlah dihidangkan.

Sedapnya. Tapi goreng tepung lagi saya suka.
ReplyDeleteingatkan siapa la yg komen td rupa2nya cik abe sayang. hehe... tahu abg mmg tak minat lauk2 mcm ni sbb tu try masak ms abg takde. hehe...
ReplyDeleteassalam anis...ermm udang besar memang sedap masak apa2 pun...lebih2 lagi masak cam gini...
ReplyDeletetengok pun dah sedap kalau rasa lagilah sedap..x nak baliklah jawabnya..heheh
ReplyDelete