Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Resepi ayam bakar madu ini saya cedok dari MyR. Terima kasih kepada yang empunya resepi. Izinkan saya kongsikan di sini pula. Sukatan bahan-bahan mentah yang berbeza sebab kuantiti ayam tidak sama.
Bahan-bahannya:
A
3 keping paha ayam saiz besar - dikelar
1.5 inci hali
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1.5 sudu besar madu
gula apong
garam
3 sudu besar sos tiram
1.5 sudu besar serbuk cukup rasa
3 sudu besar kicap pekat
B
1.5 inci hali
5 ulas bawang putih
garam
Cara-caranya:
1. Tumbuk halia, garam dan bawang putih hingga lumat. Lumurkan pada ayam dan perap seketika hingga bahan-bahan tumbuk meresap pada ayam.
2. Panaskan ketuhar sehingga 190C.
3. Untuk bahan-bahan sapu, tumbuk halia, bawang putih, garam dan lada hitam hingga lumat. Kemudian campurkan bahan-bahan ini bersama madu, gula apong, sos tiram, serbuk cukup rasa dan kicap pekat. Gaul sebati.
4. Bakar ayam hingga agak masak kemudian sapukan bahan-bahan A dan bakar semula hingga masak. dan garing. Waktu bakar kali terakhir hendaklah berhati-hati sebab ayam mudah hangus.

Salam Anis...apa kabar?lama atie xsinggah kesini..byk menu yg sedap2 anis masak.best klu dok berjiran ngan anis..hihi
ReplyDeletewaalaikumussalam atie.
ReplyDeletealhamdulillah sy sihat cuma skrg ni mmg payah nak ngadap pc mcm dulu2. hehe... dok berjiran dgn atie pn best, blh kita tukar2 menu ya.:))