Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Bila suami outstation ada sahaja resepi yang saya cuba. Hehe... Sebabnya suami tidak gemar makan jenis-jenis makanan begini. Resepi saya ambil dari blog Raihan Shaari. Mudah dan bahan-bahan yang digunakan tidak rumit menyediakannya. Sesekali bertukar selera memang seronok, tidaklah saya jemu menyediakan menu yang saban hari sama sahaja.
Buat Raihan, izinkan kakak salin dan letakkan resepinya di sini pula supaya mudah hendak dibuat rujukkan sekiranya ingin memasak lagi. Ribuan terima kasih kakak ucapkan.
Buat Raihan, izinkan kakak salin dan letakkan resepinya di sini pula supaya mudah hendak dibuat rujukkan sekiranya ingin memasak lagi. Ribuan terima kasih kakak ucapkan.
Bahan-bahan: (hidangan untuk 10 orang)
3 cawan beras Basmathi- basuh dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar- hiris halus dan dadu kecil
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dihiris halus
1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga
5 cawan air rebusan ayam- *** sediakan dengan merebus beberapa ketul ayam - bahagian peha atau kepak dengan 6 cawan air- didihkan lebih kurang 10 minit.
2 sudu teh garam
2 helai daun pandan dicarik dan disimpul
sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
kismis, bawang goreng dan gajus
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis rempah ratus (4 serangkai) bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng 1 minit. Kacau sebati. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik. Masukkan air rebusan, garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.
3. Apabila nasi masak , celupkan lidi sate ke dalam pewarna merah dan cucukkan ke beberapa tempat di dalam nasi. Ulang proses sama untuk warna hijau dan kuning. Jangan kacau nasi. Biar 5 minit. selepas 5 minit..Taburkan bawang goreng, gajus dan kismis. Kacau nasi agar warna
sekata bagi keseluruhan periuk.
4. Sedia dihidang bersama lauk-pauk lain.
ni sesuai utk meja pngantin kan, jgn kena hujan panas sudahlah... demam seminggu nanti... hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum Anis,
ReplyDeleteLama tak singgah kesini...mcm2 ada...nasi minyak ni cantik gitu...nk mkn pun mcm syg gitu...nak tenung aje....heheh.
Assalamualaikum kak anis. Sedapnya nasi minyak hujan panas tu. Dah la kaler cantik. Suami akak outstation ke mana? Rindulah kat kak anis.
ReplyDeleteSalam Anis...nampak sedap nasi tue,dtg bwk pinggan nie...
ReplyDeleteyusa:
ReplyDeletehaha... klu pengantin baru kena hujan panas meranalah... rasanya tak kena kot sbb ada tukang payungkan, maklum raja sehari. hehe...
nuridah:
waalaikumussalam. nasi minyak ni mmg cantik sbb warna warni, rasanya sama aje nur dgn nasi minyak biasa. hehe...
waalaikumussalam chik.
menu last week ni chik. kak anis baru dapat buat n3. abg g kl, miri, k.terengganu n kl semula. mmg lama kali ini tp skrg dah ada di rumah.:))
kak anis pn rindu dgn chik. huhu... alhamdulillah ada fb n blog chik yg blh dijenguk2.:))
atie:
waalaikumussalam. mai la, saya bagi semangkuk. hehe...