Sunday, April 10, 2011

AWARD DR NORLIE DAN MAMA NOORSAFONE


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Award yang saya terima dari norlie dan noorsafone. Dua-dua noor, hehe... Terima kasih banyak saya ucapkan di atas kesudian mereka menghadiahkan award kepada saya.

Ada beberapa syarat yang perlu saya langsaikan kerana menerima award ini. InsyaAllah saya akan cuba selesaikan seberapa mampu yang boleh.

1. Award ini saya terima dari http://storyofmama.blogspot.com/ dan http://norlieharumaini.blogspot.com/.

2. Berkongsi perkenalan diri dengan semua.
- seorang seorang isteri, ibu kepada 2 orang puteri dan seorang putera dan juga surirumah sepenuh masa.
- pernah bekerja tetapi berhenti kerana suami lebih suka saya tinggal di rumah menguruskan anak-anak dan rumahtangga. mula-mula berhenti memang rasa bosan lagi pun biasa pegang duit sendiri. hehe... tetapi sekarang syukur seadanya.
- gemar mencuba resepi baru yang diambil dari blog masakan rakan-rakan yang lain.
- sedang cuba mendapatkan lesen memandu, setakat ini hanya lulus ujian memandu di jalanraya sahaja. ujian bukit dan parking gagal. insyaAllah, Khamis ini test lagi. doa-doakan agar saya melepasi ujian II ini. hehe...
- sekarang menetap di kuching, mengikut suami yang bertugas di sini. amat berharap agar dapat berpindah ke semenanjung semula dan tinggal berdekatan dengan adik beradik dan bapa.
- semasa anak-anak masih kecil saya gemar mengumpul resepi hingga sering diperli suami, akhirnya saya jauh hati, hehe... sekarang suami tidak terkata bila ada sahaja resepi baru yang saya masak dan saya cuba masak menu yang kena pada selera suami.
-hati berbunga dan hilang rasa penat bila lihat anak-anak dan suami begitu berselera menikmati masakan saya.
3. Berikan kepada 15 orang teman-teman yang baru saya jumpa.
- saya berikan award ini kepada semua pelawat blog saya jika sudi. hendak cari 15 orang agak sukar sebab ramai kawan yang sibuk dengan tugas masing-masing dan ada yang berblogging jika punya masa lapang termasuklah saya. hehe....

Diharap Norlie dan Noorsafone berpuashati dengan syarat-syarat yang telah saya tunaikan seadanya ini. Terima kasih sekali lagi...

No comments:

Post a Comment