Monday, February 1, 2010

MENU HARI INI



Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ini saya masak serba ringkas iaitu ketam goreng dan tempe goreng kicap. Selalunya kalau beli ketam saya tidak masak lain sebab anak-anak dan suami tidak suka jadi saya goreng sahaja. Untuk menggoreng ketam ini saya tumbukkan kunyit hidup, halia muda, bawang putih, bawang merah, garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Setelah lumat bahan-bahan ini, saya masukkan telur dan pukul sebati. Kemudian saya lumurkan ketam dan perap setengah jam. Sewaktu hendak menggorengnya saya gaulkan dengan tepung beras kemudian goreng hingga garing mengikut selera suami dan anak-anak. Anak yang kedua gemar makan tepung gorengan ketam ini.

Tempe goreng kicap ini merupakan resepi arwah emak saya dan lauk kegemaran saya. Serba ringkas memasaknya. Jom kongsi resepi ini, mana tahu ada rakan-rakan yang berminat hendak mencubanya.

Bahan-bahan:

2 paket tempe
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 biji cili merah besar ( arwah emak tak letak )
9 biji cili api hijau ( arwah mak guna banyak )
sedikit kicap manis
sedikit kicap masin ( arwah emak tak letak )

Cara-caranya:

1. Tempe dipotong kecil-kecil dan digoreng garing
2. Bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili api dihiris nipis.
3. Tumiskan bahan hirisan tadi hingga garing dan masukkan tempe yang digoreng. Gaulkan dengan kicap manis dan masin ikut citarasa masing-masing.


No comments:

Post a Comment