Assalamualaikum dan selamat petang semua. Kuih bakar ubi ini merupakan hidangan minum petang semalam. Masih ada lagi untuk dimakan petang ini. Teringin benar saya hendak membuat kuih bakar ubi, lagipun stok ubi pemberian puan rumah pun ada lagi. Bukannya hendak makan sangat tetapi teruja hendak membuat. Dulu-dulu selalu melihat arwah emak membuatnya. Resepinya saya ambil dari internet tetapi saya ubah sedikit mengikut kesesuaian.
Bahan-bahannya:
2 kg ubi kayu ( saya kisar dengan pengisar buah-buahan )
sagu dari mendapan ubi kayu
21/2 gula perang
21/2 cawan pati santan
2 sudu besar mentega dilembutkan
1 sudu besar tepung jagung ( bagi habis stok yang ada. hehe..)
Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
2. Lenser acuan lubang dengan marjerin.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar dengan suhu 180C selama 11/2 jam.
suami sy sgt suka bingka..tp sy tak pandai buat..lgpun kat rumah tak cukup peralatan..keluarga saya pulak jenis tak makan kuih sgt..hehe..tp insyaAllah..sy nak cube jugak nnt
ReplyDelete