Thursday, February 25, 2010

BUBUR CANDIL KELEDEK BERSAMA SAGU BIJI



Assalamualaikum dan salam pagi Khamis. Semalam saya menyediakan bubur candil ini untuk hidangan minum petang. Arwah emak dulu-dulu rajin sangat masak hidangan pemanis mulut ini. Selalunya kalau arwah emak buat, kami adik beradik perempuan akan bergotong royong mengentel bulat-bulat kecil adunan tepung ( arwah suka guna tepung gandum berbanding tepung pulut ). Seronok bila melihat gentelan tepung bulat-bulat ini akhirnya terapung di atas kuah bubur tadi Kadang-kadang arwah campurkan juga dengan potongan ubi kayu atau keledek. Masa kecil-kecil dulu saya hanya makan candilnya sahaja, ubi saya tolak tepi. Hehe... Bila saya jadi emak pula semua sedap di tekak tetapi bila makan tetap beringatlah...

Bahan-bahan:

1/5 kg keledek lenyek
2 cawan santan pekat
tepung pulut secukupnya
tepung sagu ubu 11/2 cawan
3 keping manisan sederhana besar
1 senduk gula merah
gula sekiranya kurang manis
5 helai daun pandan
secubit garam
Air secukupnya
1 genggam sagu biji dicuci dan ditos

Cara-caranya:

1. Uli keledek lenyek dengan tepung sagu dan tambah tepung pulut sedikit-sedikit hingga tidak melekat pada tangan.
2. Didihkan air dan mula gentel-gentel adunan kecil-kecil dan masukkan dalam air mendidih tadi hingga gentelan tepung tadi timbul.
3. Toskan.
4. Sementara itu masak manisan dan gula merah bersama 1 cawan air dan simpulan daun pandan hingga gula-gula itu larut. Tapiskan.
5. Di periuk lain masukkan air gula dan air secukupnya untuk kuah hingga mendidih. Masukkan santan dan garam. Sentiasa dikacau agar santan tidak berketul. Masukkan sagu biji pula.
6. Bila kuah mendidih masukkan candil yang ditoskan tadi, kacau dengan lembut dan biar di atas api seketika.

Arwah emak hanya buat bubur candil menggunakan tepung sahaja, idea mencampurkan ubi keledek lenyek ini saya dapat dari bibik indon makcik belah suami. Berbaloi juga dicuba... Sagu biji ini juga saya saja ngada-ngada hendak tambah. Hehe...

6 comments:

  1. Salam anis.. Sedap tu bubur candil. Kna pulak mkn ptg2. Huuu..bestnya. Sy ni jns suka mkn bubur tp ini kali ptama dgr bubur candil. Candil tu apa ye mkna dia?

    ReplyDelete
  2. Sedappppnya.....terasa plak nak makan.....

    ReplyDelete
  3. wah wah sedap betul tuh hidangan ...

    ReplyDelete
  4. salam en daun. akk pn tak tahu knp bubur ini dipanggil candil. hehe... en daun ni org klate ke?

    ReplyDelete
  5. salam efkat. t.kasih sudi singgah blog akk. cubalah buat, insyaallah mudah aje. klu gantikan keledek dgn labu manis lg sedap sbb lbh kenyal.

    ReplyDelete
  6. salam prie. t.kasih rajin dtg blog akk. akk belajar buat bubur ini dr bibik jawa yg tinggal dgn makcik suami akk. bibik ni pandai masak n masakannya enak2. arwah mak akk pn rajin buat ms akk kecik2 dulu tp hanya guna tepung tanpa campuran bahan2 lain.

    ReplyDelete