Sunday, February 7, 2010

SERAWA DURIAN DAN DADAR KIRAI




Assalamualaikum dan selamat malam semua. Petang tadi selesai menyediakan hidangan untuk makan tengahari saya sempat menyediakan dadar kirai ( nama saya bagi ) keh keh keh... untuk dicicah dengan serawa durian. Sebenarnya adunan dadar itu ada yang saya kirai dan ada yang saya dadarkan. Dari situlah lahirnya nama dadar kirai. Jangan marah ya... Saya lebih suka makan pulut kukus bersama kuah durian ini tetapi stok pulut tiada pula di rumah, kalau tepung gandum memang sentiasa ada. Jom kongsi resepi:

Bahan-bahan untuk kuah @ serawa durian:

15-20 ulas durian
200 ml santan pekat
gula perang
manisan
air
3 helai daun pandan disimpul

Cara-caranya:

1. Masukkan durian dalam periuk dan isikan air paras durian tersebut, masukkan juga simpulan daun pandan. Masak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan gula perang dan manisan. Yang ini saya tidak gunakan sukatan. Main campak-campak je.
3. Bila gula perang dan manisan cair, masukkan pula santan pekat. Kacau sebati. Masak hingga mendidih. Kalau serawa @ kuah durian kita ini nampak pekat boleh tambah sedikit air lagi.

Bahan-bahan untuk membuat dadar kirai:

2 cawan tepung gandum
21/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla ( takut hanyir telur)
secubit garam halus
sedikit pewarna hijau
daun pandan ( untuk melenser minyak atas kuali )

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali daun pandan dalam jug pengisar.
2. Kisar hingga bahan-bahan tadi sehingga larut dengan halus.
3. Panaskan kuali non-stik, lenserkan minyak menggunakan daun pandan. Kirai dan dadarkan adunan tadi ikut suka.

4 comments:

  1. salam kak anis,
    hihi. wah, durian, lama tak makan. teringat serawa durian saya ngan roti jala versi dadar kulit ketayap. saya pun penah buat cenggini sbb acuan roti jala saya dah ilang. hihi.

    ReplyDelete
  2. salam indah. hehe.. akk ni pula bila mendadar kurang cantik jd lebih senang menjala. kat KB ni ada plk gerai buah yg jual durian, tak kira durian kg atau durian siam. mana dia org dpt pn akk tak tau.hehe..

    ReplyDelete
  3. dadar kirai tu roti jala la kan...dulu2 saya tak tau bila org sebut dadar/roti kirai...rupanya roti jala...
    btw..tak penah tgk lagi kaler hijau...

    ReplyDelete
  4. salam kamsiah. hehe.. betullah tu, sama aje. sy tak pandai mendadar jd sy kirai aje. klu buat lempeng biasa tu blhlah. hehe...

    ReplyDelete