Inilah rupa telur pindang yang telah direbus dengan rempah ratus dan berbagai jenis daun selama berjam-jam.
Assalamualaikum. Hari ini saya masak lauk sambal tumis telur pindang dan ayam goreng cina. Telur pindang ini suami kirim melalui sahabatnya dari Selangor ketika menghadiri majlis dengan PM di Putrajaya tempoh hari. Di Kelantan memang belum pernah lagi jumpa telur pindang ini. Kalau di selatan tanahair, telur pindang biasanya dijadikan buah tangan kepada para tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan sebagai tanda terima kasih tuan rumah. Suami sangat suka makan telur pindang, malangnya saya tidak pandai hendak membuatnya kerana memerlukan berbagai jenis daun, termasuk pucuknya dan rempah ratus. Manalah saya hendak mencari. Sesekali pulang ke kampung ada juga orang yang menjual telur pindang ini di Kampung Melayu Majidi. Alhamdulillah, dapatlah merasa juga.
Ayam goreng cina pula resepinya saya dapat dari ibu saudara sebelah suami. Ringkas sahaja cara hendak membuatnya dan merupakan lauk kegemaran anak-anak dan suami. Kadang-kadang tidak jadi lauk juga sebab sudah diratah begitu sahaja.
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam dibelah ikut suka ( saya guna ayam organik HPA yang siap dibelah-belah ).
5 biji bawang putih ditumbuk
2 biji bawang merah ditumbuk
sos tiram secukupnya
kicap pekat secukupnya
Cara-caranya:
1. Lumurkan ayam dengan bahan-bahan tumbuk, sos tiram dan kicap pekat.
2. Perap seberapa lama yang disukai sebab makin lama diperap makin sedap sebab bumbunya lebih meresap.
3. Goreng dengan api sederhana hingga ayam masak.

Salam anis...
ReplyDeletemmmm...tentu sedap buat lauk pakai telor pindang tu ya... nak rebus dia pun kena pakai banyak rempah ratus tuh... akak kalu jumpa telor ni kat kenduri kawin je lah...itu pun jarang dah orang buat le ni...
p/s: Akak asal Jalan Hilir Kota, dekat dengan Masjid Muhammadi dan Istana Jahal. Tak jauh dari tepi sg kelantan.. :)
salam kakfzi. klu biasa mkn mmg suka rasa telur pindang ni kak tp klu tak biasa ttu rasa pelik. hehe... insyaAllah saya penah g masjid muhamaddi tu tp tak perasan pula jln hilir kota tp suami sy tahu kak, suami kata dkt dgn white house yg sentiasa penuh org tu. hehe... skrg akk menetap di mana? :)
ReplyDelete