Wednesday, August 24, 2011

KARI KAMBING TANPA SANTAN



Assalamualaikum dan selamat petang semua. Kari kambing tanpa santan lagi. Biasanya saya kalau masak kari memang jarang menggunakan santan sebab suami kata sudah sedap begitu saja. Bila masak kari untuk hari raya saja saya gunakan santan dan kadang-kadang memasukkan sekali kerisik di dalam kuah kari tersebut. Alang-alang sudah ada kari kambing inilah saya membuat roti jala. Anak-anak memang suka tetapi macam biasalah ayahnya kurang gemar. Hehe...
Saya kongsikan resepinya di bawah ini...

500 gram daging kambing - potong dan perap sekejap dengan jus dan hirisan lemon kemudian cuci bersih
9 tangkai cili kering dikisar
3 biji bawang besar dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
sedikit halia dikisar
7 biji bawang merah dihiris
rempah tumis
1 paket kecil rempah kari daging Babas
1/2 paket kecil rempah kari ikan Babas
3 biji kentang - potong 4
sedikit air asam jawa
garam, gula secukupnya
air secukupnya

Cara-caranya:

1. Tumis hirisan bawang bersama rempah tumis hingga naik bau.
2.Masukkan bahan-bahan kisar bersama rempah kari (dicampur dan jadikan pes), kacau sebati.
3. Bila bahan-bahan tadi sudah pecah minyak, masukkan sedikit air asam dan kacau lagi.
4. Tambahkan garam dan gula secukupnya. Kacau lagi.
5. Bila sudah naik bau, masukkan daging kambing. Gaulkan bersama bahan-bahan tumis dan masukkan air. Masak hingga kuah mendidih dan masukkan kentang ke dalamnya. Bila kentang dan daging kambing empuk bolehlah dihidangkan.
6. Kuantiti air yang diperlukan bergantung pada kepekatan kuah yang dikehendaki. Ikut suka tukang masaklah ya.

Selamat mencuba pada yang sudi.:)


6 comments:

  1. As salam kak anis,
    Saya telan ayaq liuq ni tgk menu yg akak tayang... Saya suka daging kambing.. Alhamdulillah krn tiada kesan sampingan bila mkn daging kambing. Ia lebih sedap berbanding daging lembu. Daging ayam belanda pn saya penah mkn tau. Sedap...hehe..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam en daun.
    suami akk pn suka daging kambing. Rasulullah pn suka daging kambing.:) Mmg betul daging kambing lbh sedap dr daging lembu. Daging ayam belanda akk lum penah rasa lg tp klu daging rusa, landak, arnab n kancil akk pn mkn. tu masa muda remaja, skrg ni rasa tak lalu nak mkn klu ada. hehe...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..Nampak sedap kari ni..Cicah ngan roti canai pun best

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam kak.. kenapa akak ltak rempah kari ikan ye kak.? suami saya pun gemarkan daging kambing.. maklumlah berkahwin dgn keturunan pakistani mesti kena pandai masak masakan kambing.. huhu.. just nak tambah pgtahuan aja.. btw kari akak nampak sedap.. ☺

    ReplyDelete