Monday, August 15, 2011

BAWAL MASAM MANIS



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Lama saya tidak membuka blog, lihat-lihat sudah berubah penampilannya. Anak yang sulung bertanya, cantik tak mak? Cantik... Ingatkan tersalah masuk rumah tadi. Hehe... Rupa-rupanya anak yang sulung yang make upkan, maklumlah emaknya tidak berapa pandai mendandan. Disuruh belajar sebab hendak PMR tidak lama lagi tetapi menggodeh blog emaknya yang dah agak lama terbiar ini. Apa-apa pun terima kasih kak.
Ok, berbalik pada masakan bawal masam manis ini, saya buat ikut stail sayalah. Masak-masak ini bukan boleh sangat sukat-sukat. Rasanya lebih sedap sekiranya 'campak-campak' saja lagi semulajadi. Hehe... Tetapi untuk memudahkan sesiapa yang hendak merujuk resepi saya berikan seperti di bawah ini...

Bahannya:

1 ekor ikan bawal saiz besar
3 batang lada merah*
9 tangkai lada kering*
1 biji bawang besar*
1 biji bawang besar dipotong bulat
air asam jawa secukupnya*
sedikit halia*
1 ulas bawang putih*
sedikit serbuk kunyit
sos tomato secukupnya
garam, gula dan perasa jika suka

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak. Ikan bawal dikelar dan lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Kisar bahan-bahan bertanda * hingga hancur dan tumis hingga naik bau dengan minyak lebihan gorengan ikan tadi.
3. Masukkan sos tomato dan kacau sebati. Rasakan dengan garam, gula dan perasa.
4. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi diikuti dengan hirisan bawang. Gaul hingga mesra dan bolehlah dihidangkan.


2 comments:

  1. As salam kak anis,
    Menu mcm ni lbhsdp jika ada hidangan smpingan iaitu ulam dn budu..hehe.. Kat Sarawak apa juadah istimewa dlm bln Ramadhan ni? Saya ni rindu kat kuih akok.. Mmg takde org betul2 pandai buat selain drp anak Kelate jati.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam en daun.
    ulam n budu tu sudah semestinya, alhamdulillah pasaraya kat kuching ni pn ada jual budu jd akk tak kehabisan stok. hehe...
    akk ada jumpa org klate jual nasi kerabu ni kg boyan tp sbb akk dah siap masak ms ronda2 tu akk tak belilah.
    kg boyan ni mmg pusat jualan kek lapis sarawak n majoriti penduduknya org melayu.
    juadah istimewa org sarawak ms berbuka puasa ialah bubur pedas. rasanya seakan2 masak lodeh. bubur pedas ni akk suka n klu beli akk sorg je yg mkn sbb abg n anak2 tak suka.
    kuih2 basah mcm celorot yg dibuat dgn tepung beras, santan pekat n gula apong. klu di klate kita paling manisan keret. kuih ni klu cukup lemak n manisnya mmg le sedap en daun.
    mmg betul kata en daun klu nak mkn kuih akok yg sedap kat klate je ada, yg kat tmpt lain tu mcm kureng je. hehe... kuching, bayang akok pn takde en daun. huhu... sedapnya buat buka puasakan... rindunya klate...

    ReplyDelete