Assalamualaikum dan selamat pagi. Entri terakhir pagi ini. Ayam bakar madu berempah. Memang wangi bau ayam ini walaupun sebelum dibakar, apatah lagi bila sedang dibakar. Ya Rabbi, sedapnya bau. Saya memang suka bau-bau harum rempah ni. Hehe...
Ayam bakar madu ini bukan hanya sedap dijadikan lauk malahan sedap juga jika diratah begitu sahaja.
Jom kita kongsikan resepinya. Bahan-bahan perapan ini lebih sedap jika hanya ditumbuk tetapi oleh sebab saya ini hendak cepat dan tangan cepat lenguh, kisar adalah jalan penyelesaiannya. Hehe...
Bahan-bahannya:
3 bahagian peha ayam - kelar setiap bahagian
5 biji bawang merah kisar
3 ulas bawang putih kisar
sedikit halia kisar
sedikit kunyit hidup kisar
3 batang serai kisar
sedikit lengkuas kisar
1-2 sudu besar ketumbar kisar
1/2 sudu besar jintan halus kisar
1/2 sudu besar jintan kasar kisar
madu - saya tak sukat
1 sudu besar serbuk cukup rasa
sedikit garam
mentega secukupnya
Cara-caranya:
1. Gaulkan bahan-bahan di atas kecuali mentega secara merata pada ayam.
2. Perapkan ayam tadi selama mana yang anda mahu.
3. Lenserkan dulang pembakar dengan marjerin, susun ayam yang telah diperap di atasnya dan letakkan mentega yang telah dipatah-patah di atas setiap keping ayam itu.
4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 190C hingga masak dan garing.
* untuk ketumbar, jintan halus dan jintan manis, saya telah siap-siapkan cuci, tos dan goreng tanpa minyak. kemudian kisarkan. lagi harum berbanding rempah kisar yang telah siap sedia dijual. kena rajinlah sikit. hehe... lagi pun bila-bila masa nak guna bukankah mudah.:))

Kak Anis, lazattnyaa! :D
ReplyDeletes820,
ReplyDeletealhamdulillah, mmg sedap. cubalah. akk ratah aje.:))
Assalamualaikum ..nyum3....mohon share sis. Nmpk mudah. Bahan pun still tradisional. Tq
ReplyDeleteAssalamualaikum ..nyum3....mohon share sis. Nmpk mudah. Bahan pun still tradisional. Tq
ReplyDeletemohon share sis.
ReplyDeletemohon share sis.
ReplyDelete