Monday, August 22, 2011

DAGING MASAK HITAM



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Menu daging masak hitam hasil skodeng facebook suami. Resepi dari 1001 Resepi, tidak rugi mencubanya. Memang sedap. Ada rasa pedas, masin, manis dan lemak. Anak-anak suka, saya pun suka cuma suami kurang suka. Suami lebih suka daging masak kicap. Hehe....
Mula-mula saya hendak masak daging masak hitam Sarawak tetapi rempah kurma dan buah keras tiada dalam stok jadi saya masaklah yang ini.
Ok, saya panjang-panjang resepi. Terima kasih kepada penyumbang resepi, kalau tidak silap namanya Kak Ida. Tiada sukatan yang tepat untuk bahan-bahan yang digunakan, pandai-pandailah kita hendak mengagaknya.

Bahan-bahannya:

500 gram daging - potong dan rebus terlebih dahulu, ketepikan
2-3 senduk kecil cili kisar
250 gram bawang merah - dihiris, digoreng dan dikisar
kicap masin
kicap manis
minyak masak

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan bawang goreng kisar dan kacau sebati.
2. Bila bahan-bahan tadi telah mesra, masukkan kicap masin dan kicap manis secukupnya. Diikuti dengan daging dan air rebusannya.
3. Masak hingga daging empuk dan mesra dengan bahan-bahan lain.
4. Rasakan masin dan manisnya dengan kicap sahaja.


4 comments:

  1. Salam, Kak Anis. Suami Kak Anis, samalh dgn hubby kita, lagi suka daging masak kicap, hehe

    ReplyDelete
  2. Sedap tu daging masak hitam yg akak masak.. Kalau ada cili besar hiris serong lg best kn...

    ReplyDelete
  3. Salam Anis, weeey menggoda tul tengok daging masak hitam ni ha, agaknya pekena dengan lemang or nasi impit pun ok kot eh! ngencess tul tengok, tak tahan laa.. hehe

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam yusa.
    itulah, asyik daging masak kicap je. sesekali akk tukar menu lain. hehe...

    en daun.
    nak letak cili potong serong pn blh. wah, en daun ni ttu pandai masak kan? hehe... daging masak hitam ni lain sikit cara nak masaknya. tak byk bahan2 yg diguna.:)

    waalaikumussalam kak ummi.
    klu makan dgn nasi impit atau lemang memang sesuai sgt la tu. hehe... akk lg rajin n pandai masak dr sy. t.kasih kak komen.:)

    ReplyDelete