Wednesday, August 3, 2011

AGAR-AGAR COKLAT



Bahan-bahannya:

20 gram agar-agar tali
5 cawan air
1 tin susu pekat manis
1/2 cawan gula
1/2 cawan koko - bancuh dengan sedikit air panas

Cara-caranya:

1. Rendam agar-agar 1 jam atau lebih.
2. Cuci bersih agar-agar dan toskan.
3. Masak agar-agar dengan 5 cawan air hingga larut.
4. Masukkan gula dan susu pekat manis. Kacau hingga larut. Pastikan api yang digunakan tidak terlalu besar.
5. Tambahkan larutan koko. Kacau sebati.
6. Masak hingga mendidih dan tuang ke dalam acuan yang digemari.
7. Sejuk beku sebelum dihidangkan.

5 comments:

  1. amboi...dia makan bledo ceklat... mcm sdp jah copy rcp des....

    ReplyDelete
  2. assalam cheq sue.
    mudah, cepat dimasak n sedap dimakan. hehe...

    ReplyDelete
  3. asmlkm anis,sy x berapa pandai la menggunakan cwn,agak2 berapa liter air ye utk 5 cwn air tu?trm ksh.

    ReplyDelete
  4. 1 cawan tu brape ml ye? Sbb takut cawan ni banyak saiz.

    ReplyDelete
  5. Betul ke pakai 1 tin susu pekat manis? X tlalu manis? Ke sepatutnya susu cair?

    ReplyDelete