Wednesday, January 20, 2010

UDANG MASAK SEMPOI



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ini saya masak simple sahaja. Suami pun tiada. Udang ini saya kupas semua kulitnya biar anak-anak mudah makan. Kemudian saya gaulkan dengan garam kunyit siap ( banyak jual di Kota Bharu, melayu buat ). Saya tumiskan hirisan bawang besar dan cili merah. Bila hampir-hampir layu saya masukkan udang tadi, perahkan 2 biji limau kasturi dan tambah sedikit kicap manis di dalamnya. Kacau seketika dan angkat. Rasa masam, manis, masin dan lemak semua ada. Berbaloi juga. Hehe...

2 comments:

  1. salam kak anis,
    sedapnya...teringat paket garam kunyit kat KB tu. saya pun suka makan udang macam ni. tapi tak letak limau. mungkin lepas ni saya bole cuba. :)

    ReplyDelete
  2. salam indah. akk masak pakai hentam saje. hehe... selalu masak sambal tumis jemu pula jd masak ringkas je. blh le cuba letak jus limau kasturi nnti ada rasa masam2 sikit. garam kunyit kat sini mmg byk jenis. akk guna yg basah jenama nur. senang nak goreng ikan. hehe..

    ReplyDelete