Assalamualaikum dan selamat petang. Pertama kali mencuba, alhamdulillah menjadi juga roti naan saya walaupun kekurangan bahan-bahan mentah. Apa yang ada sahaja saya gunakan. Lembut sampai ke malam. Anak-anak suka, sedap kata mereka. Saya buat pun sebab rendang udang semalam hanya suku yang luak dimakan. Jadi roti naan ini bolehlah dicicah dengan kuah rendang. Lagipun ketika makan malam semalam suami ada bersuara kalau makan roti naan dengan rendang ini alangkah sedapnya. Saya pun cubalah, bukan susah sangat pun. Hehe... Jom kongsi resepi...
Bahan-bahannya:
300 gram tepung gandum
200 gram tepung naik sendiri
2 sudu besar gula
secubit garam
2 sudu besar tairu (saya gunakan susu cair + jus limau kasturi, hentam sajalah...)
1 paket mauripan
2 sudu besar mentega/margerin
air secukupnya untuk menguli
Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali air ke dalam mangkuk besar. Gaul sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, uli adunan tadi hingga menjadi doh.
3. Rehatkan adunan hingga naik sekali ganda. Tumbuk-tumbuk dan uli semula.
4. Bulat-bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki.
5. Canai doh dan bakar di atas kuali non-stick.
Salam kak anis,
ReplyDeleteapa khabar? maaaf ya baru sampai. dah 5 ari line tenet takde.
hm, sedap tu roti nan makan ngan rendang udang. nampak ngan,kak. roti tu gebunya. aritu penah cuba. tapi, tak jadi. gud recipy nih!masuk list dulu. hihi
salam indah. alhamdulillah, sihat. sama le dgn akk, kdg2 tak sanggup menunggu sbb terlalu lambat. cubalah buat resepi akk, akk pn first time buat resepi ni. alhamdulillah n insyaallah menjadi.
ReplyDelete