Friday, February 25, 2011

SAMBAL GORENG MAK MERTUA



Assalamualaikum dan selamat petang semua. Semalam saya hendak membuat entri tentang sambal goreng ini tetapi badan kurang sihat. Hidung asyik berair dan kadang-kadang berdarah di samping rasa panas dalam badan. Bibir dan mulut pun rasa kering semacam. Hari ini alhamdulillah, sudah berasa ringan sedikit sakitnya.
Sambal goreng saya ini bahan-bahan mentahnya terhad. Saya masak apa yang ada dalam peti sejuk saja asalkan jadi. Yang penting tempe mesti ada. Tempe yang dibuat oleh komuniti jawa dan dijual di Pasar Satok memang sedap rasanya walaupun hanya dibungkus dengan plastik. Yang dibungkus dengan daun pisang pun ada. Sambal goreng versi kicap ini warisan dari emak mertua. Hidangan wajib tiap kali hari raya tetapi bukanlah terhad begini isinya. Biasanya dicampur dengan hirisan paru, daging dan babat.
Resepi berkenaan sambal goreng ini ada saya titipkan di entri saya yang terdahulu. Sesiapa yang ingin mencuba bolehlah mencari entri mengenainya pada label lauk pauk. Jom jamu mata....

3 comments:

  1. Assalam anis...beza umur kita setahun je, sedap nmpk sambal goreng tu..kalo boh paru bg sy dh tak sedap hehe

    ReplyDelete
  2. As salam kak anis,
    Menu ni msti rasanya sdp tp dh sah sy tak leh mkn sbb buh udang..huhu.. Kalau gna yg lain ok la..he3..

    ReplyDelete
  3. Ini tentu mak mertua sayang ya, Sambal ni nampak sedap, kena dengan nasi panas, memang tak bangun.

    ReplyDelete