Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ini kita berkongsi pula resepi bingka labu dari MaDiHaA. Hasilnya bukan sahaja sedap mata memandang tetapi sedap juga lidah merasa. Teksturnya yang lembut dan gebu masih terasa hingga keesokkan harinya. Buat MaDiHaA yang memang rajin dan pakar memasak, kakak ucapkan ribuan terima kasih kerana bermurah hati berkongsi resepi yang enak ini. Izinkan kakak 'copy dan paste' di dapur kecil kakak pula ya.
Bahan2
1 biji labu kuning saiz sederhana ~ kopek, dadu, rebus & tos
240 gm gula pasir
250 gm tepung gandum
3 biji telur (A)
1 cawan santan pekat
125 gm marjerin ~ cairkan
Cara Menyediakan
1. Blend labu rebus, gula, telur dan santan hingga halus.
2. Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul2.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi.
5. Panaskan ketuhar 175C.
6. Lenserkan acuan dengan marjerin/butter.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit atau hingga masak bergantung saiz loyang & saiz oven anda.
Nota: Cara menguji kuih.. cucuk kuih dengan lidi penguji jika lidi keluar bersih.. bermakna kuih sudah masak.. jika lidi penguji masih bersalut dengan kuih teruskan membakar dengan menurunkan suhu ke 160C utk mengelakkan kuih dari hangus.
salam anis..
ReplyDeleteohh.. inilah dia ye bingka labu tu? cantik rupa paras yang anis buat ni berbanding yg saya buat aritu.. hehe.. terima kasih ye sudi cuba resepi bingka tu.. kat rumah pun ada lagi stok labu yg mertua bagi aritu sebab besar sangat.. entah nak buat apa lagi dengan labu tu.. kalau rajin boleh buat kuih lagi.. kalau malas.. jadi sayur jelah kot.. haha..
kak anis..sedapnya bingka @kuih bakar..nak2 bhg kerak..berebut2 bila makan.
ReplyDeletewaalaikumussalam madiha.
ReplyDeletesaya suka bingka labu madiha lg sebab nmpk lbh garing kulit luarnya. apa2 pn mmg sedap resepi ini. t.kasih madiha.
samalah kita, stok labu sy pn terlebih sudah. hehe....
assalamualaikum naemah.
ReplyDeleteklu part yg garing2 tu abg yg tak suka mkn kuih bingka ni pn blh jd suka. hehe... tp kuih bingka akk ni kurang berkerak le naemah.
Alhamdulillah saya dah cuba buat. Terima kasih atas perkongsian resepi
ReplyDeleteSalam.. nak tanya... labu tu berapa banyak? Xpandai nak agak sbb saiz tu xsama kan.. hihi
ReplyDelete