Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Para surirumah seperti saya tentunya sudah ke dapur dan berkira-kira hendak menyediakan juadah makan tengahari apa untuk keluarga tercinta. Saya pula curi-curi masa mengadap pc untuk berkongsi masakan ayam sambal asam ini. Menurut penyumbang resepi masakan ini berasal dari Indonesia. Jom kita kongsi resepi lagi...
Bahan-bahannya:
1.5 kg ayam - dibuang kulit dan dipotong
15 tangkai cili kering dikisar
1 biji bawang besar dikisar - saya guna bawang kecil dan bawang besar
1 batang serai dikisar - saya guna 3 batang
halia kisar
1 sudu kecil asam jawa diambil airnya} - saya lebihkan sukatan asamnya
1/4 cawan air}
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan air asam, gula dan garam. Kacau sebati dan masak hingga kuah memekat.
2. Masukkan ayam dan gaul merata dengan bahan-bahan tumis tadi. Tutup periuk dan masak atas api sederhana hingga masak. Kacau sekali sekala supaya masakan tidak hangus.
* resepi yang ringkas dan sedap, saya dan anak-anak sukakannya. *
wahh..menyelerakan jer nampak ayam tuu...lapa lak rasanya nih..
ReplyDeleteagaknya sesuai wat lauk nasi lemak gak kan
As Salam kak anis,
ReplyDeleteMenu ni agk ringkas tp sedap dn menyelerakn. Lauk ni sdp dimkn dgn nasi pns. Akk mmg ada kepakaran dlm masakan ni.
Salam Anis, cuci mata pagi2 Jumaat..hehe, sedap pulak tengok ayam sambal asam tu...x penah buat lgk..mesti best nih...
ReplyDeletesalam HaSue.
ReplyDeleteboleh juga klu nak mencuba. lg pn masakan ni simple nak buat.:))
salam en daun:
takde la pakar. masak biasa2 je. tp mmg kena dgn selera akak n anak2. suami akak je yg tak suka.:))
salam kak ummi:
resepi ini hampir 18 thn dlm simpanan, baru tergerak hati nak cuba. hi3. alhamdulillah sy n anak2 suka rasanya.:))