Wednesday, February 23, 2011

MUFFIN LABU



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Menu dari labu lagi. Stok labu kuning terlebih sudah. Hehehe... Ada yang diberi jiran sebelah, ada yang dibeli saya sendiri. Agaknya memang musim labu kuning sebab rata-rata peniaga di Pasar Satok menjual labu kuning yang amat menggiurkan kesegarannya.
Kali ini saya menggunakan resepi Yani dari MyR. Saya terpaksa ubah sedikit resepi yang ada mengikut stok bahan mentah yang saya ada. Ramai rakan blogger yang membuat muffin labu ini dalam versi kukus, tetapi yang saya buat versi bakar. Kurang cantik sedikit sebab muffin ini naiknya merata sahaja. Apapun rasanya tetap sedap, apatah lagi jika dimakan panas-panas. Jika tidak suka manis bolehlah dikurangkan sukatan gulanya.

Bahan-bahannya:

150 gm mentega
150 gm gula halus
200 gm tepung gandum#
2 sudu kecil serbuk penaik#
130 ml susu cair
200 gram labu*
15 gram mentega*
20 gram mentega*
2 biji telur gred A

Cara-caranya:

1. Ayak bahan-bahan bertanda # 2 kali dan ketepikan.
2. Rebus labu hingga empuk dan toskan. Lenyekkan labu bersama bahan-bahan bertanda * hingga hancur dan sebati.
3. Pukul mentega dan gula halus hingga agak kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sebati.
4. Masukkan sebatian labu yang dilenyek tadi dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dengan susu cair secara berselang-seli dan gaul adunan tadi hingga sebati.
6. Masukkan adunan muffin tadi ke dalam cawan kertas dan bakar selama 30 - 40 minit dengan kepanasan 190C mengikut jenis ketuhar masing-masing.


7 comments:

  1. wah mapin labu lak ye kak nis..
    harus dicuba neh
    kat sini pun blambak jugak kak org jual labu
    murah2 pulak kan

    ReplyDelete
  2. waaaa...semua pakat berlabu..jeles jeles...muffin ,apam..donut...akak kena cari labu dulu..dah jumpa nanti takde orang berlabu kot..heheheh selalu ketinggalan ketapi

    ReplyDelete
  3. mmg tgh demam labu la kak...kiter pong teringin pulak nak memapin labu akak nih...

    ReplyDelete
  4. Salam, labu di sana- sini, mesti suka betul tauke labu ni... hihihi

    ReplyDelete
  5. cubalah izah. sedap tau mkn panas2. hehe...

    kakasma, rasanya labu blm habis lg di pasaran sbb penawaran terlalu tinggi dr permintaan. hehe...

    hana, mapin jgn tak mapin. hehe...

    chik mimi. sana sini org melabukan. haha... akk pn join sama la.:))

    yusa. haha... mestilah suka sbb labu diorg laku. labu ada lg tu tak tau nak buat apa. huhu...

    paty. bajunya sy beli ms tinggal di kota bharu, sampai kuching barulah sempat pakai. hi3. cuba la, klu tak suka manis blh kurangkan kuantiti gulanya sbb suami sy pn tak suka manis juga.:))

    ReplyDelete