Wednesday, May 5, 2010

SAMBAL GORENG




Hidangan sampingan yang amat mudah menyediakannya tetapi sangat digemari oleh suami dan anak-anak iaitu daging masak kicap ala kak mas (kakak saya yang no 3).


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sementara menunggu mesin basuh menyiapkan tugasnya, saya ambil kesempatan untuk menyudahkan entri sambal goreng yang tertangguh malam tadi. Hehe... Sudah lama teringin hendak membuat sambal goreng ini tetapi bimbang suami tidak suka sebab beliau memang tidak makan petai. Sejak bernikah dengan beliau saya memang jarang sangat menyentuh ulam yang berbau ini. Namun keinginan hendak memasaknya membuak-buak jadi saya teruskanlah dengan meminta izin dari suami. Arwah emak rajin menyediakan sambal goreng ini sebab bapak amat menggemarinya. Jom kita kongsi resepinya....

Bahan-bahannya:

Secekak suhun }
Secekak fucuk/tauhu kering } direndam biar lembut dan dikerat-kerat
RM 1 kacang panjang dipotong menyerong
1 mangkuk kecil hati dan hempedal ayam direbus dan dihiris kecil-kecil
2 keping tempe dipotong dadu dan digoreng sederhana garing
11/2 papan petai diambil isinya dan dihiris ikut suka
3 biji cili merah dihiris
3 biji bawang merah dihiris
1 biji bawang putih dihiris
setengah genggam ikan bilis }
sedikit belacan} ditumbuk bersama
sedikit air asam
garam, gula dan perasa secukupnya

Cara-caranya:

1. Tumiskan bahan-bahan yang dihiris hingga agak layu dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan sedikit air asam, diikuti garam, gula dan perasa secukupnya.
3. Bila bahan-bahan tumis telah mesra, masukkan hati dan hempedal ayam yang dihiris. Kacau sebati.
4. Tambahkan dengan hirisan petai, bila petai hampir layu masukkan fucuk, suhun dan tempe. Akhir sekali barulah masukkan hirisan kacang panjang.
5. Gaul semua bahan hingga sehingga masak dan sebati.
6. Sedia untuk dihidangkan.


8 comments:

  1. Salam K.Anis, sedapnya lauk2 mcm gini...akak betul2 buat Yatie kecur tau...sape nak tolong Yatie kali ni...teramat2 kecurnya, lebih2 lagi sayur goreng tu...nak jambal jek..

    ReplyDelete
  2. Salam kak, menu sayur akk msk tu best la, kna pula ada petai. My peberet tu! Dgg msk kicap tu pn sdp. Lada merah dgn bwg bsr tu biasanya sy mkn.

    ReplyDelete
  3. salam ermm kak anis..spesial sokmo..masakan kak anis ya..ermmm umi tak retiu nak masak..lah..malu nak..snap gambar 2 heheheh

    ReplyDelete
  4. salam fuzidss.

    ramai juga yang minat mkn sambal goreng ini rupanya.:))

    ReplyDelete
  5. salam yatie.

    kesian yatie. klu tinggal dkt blh kita sama2 rasa. akk pn sama suka jambal aje. hehe...

    ReplyDelete
  6. salam en daun.

    menu tu dipanggil sambal goreng. diratah begitu saje pn sedap.
    sejak kawin ini akk jarang mkn petai. huhu... suami kata klu mkn petai duduk jauh2, jd terbantutlah selera.
    tp petai ni klu mkn byk tekak mesti perit. knp ya en daun?
    lauk daging tu ada lg en daun. huhu... masak 1/2 kg pn tak abis. akk pn mkn sekali lada merah n bawangnya.:))

    ReplyDelete
  7. salam umiliya.

    akk pn bukan pandai sgt masak umiliya. menu pun biasa2 saje. teringin juga nak try masak masakan barat tp suami tak suka. jd resepi semua yg simple, sesuai utk yg baru blaja masak je.
    blog kita, kita punya umiliya. letak je gmbr. lg pn kita buat utk sukakan hati sendiri, insyaAllah. jangan malu2.

    ReplyDelete