Isi ikan haruan laut yang telah siap dipotong-potong oleh makcik penjual ikan. Lihatlah tulang ikan ini, mengalahkan tulang ayam rupanya. Rasanya ikan ini mesti besar saiznya. Rasanya memang sedap bila dimasak asam pedas. Melihat pada fizikal makcik itu tidak terfikir kudratnya sehebat lelaki. Hayunannya ketika memotong ikan yang besar-besar dan bertulang keras membuat saya terpegun. Hehe... Hebat wanita Kelantan ini...
Ikan 'denuk' saya goreng kunyit. Hamimah paling suka makan. Kadang-kadang hanya diratah begitu sahaja tanpa nasi. Mak masak ikan yang adik suka ke tanyanya dengan senyuman. Hehe... Ikan ini memang sedap, nama diberi oleh penjual ikan.
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Tengahari tadi masak lauk kegemaran suami lagi iaitu asam pedas. Memang sudah banyak kali saya buat entri masak asam pedas ini. Jangan marah dan bosan ya. Kalau tidak suka sila abaikan. Huhu... Kali ini saya tidak masukkan bunga kantan dengan daun kesum. Saya pun sudah naik jemu. Saya tambahkan dengan hirisan nenas. Ketika suami menyuapkan nasi bercampur kuah asam pedas ini terkeluar spontan dari mulut beliau, sedap. Syukur alhamdulillah.
Ikan haruan laut ini agak hanyir jadi sebelum memasaknya saya rendam sekejap dengan air bersama perahan limau kasturi. Alhamdulillah, bau hanyirnya hilang dan rasanya tambah sedap. Suami makan pun bertambah-tambah. Hehe... Jomlah jamu mata pada yang sudi......
Ikan haruan laut ini agak hanyir jadi sebelum memasaknya saya rendam sekejap dengan air bersama perahan limau kasturi. Alhamdulillah, bau hanyirnya hilang dan rasanya tambah sedap. Suami makan pun bertambah-tambah. Hehe... Jomlah jamu mata pada yang sudi......
nyummy2,
ReplyDeletehehe~
Jemput datang blog ni,
http://zaidharis-leechmiracle.blogspot.com/
adui kak nis..sodapnya..kecur air liurku melihat lada2 merah itu
ReplyDeleteSalam kak anis, btuah la cik abe akk dpt permaisuri hati yg rajin msk. Ikn tu bkn haruan laut tp nama betoi dia, aruan tasik. Ia hidup di laut dlm tp dipanggil aruan tasik. Cba akk cr dlm google, 'aruan tasik'. Ikan denuk tu sy rasa ikn tenok, iaitu ikn barracuda atau kekacang.
ReplyDeletesalam kak anis,
ReplyDeletewah..bertambah ilmu pasal ikan harini. takpernah dgar pasal ikan denuk dan haruan laut. besar ya isi ikan haruan laut tu..geram nengok. hihi. kalu asam pedas kak anis, meeesti sedap. dah pakar tu.
salam zaidharis.
ReplyDeleteakk dah singgah blog adik td. t.kasih ke mari..
salam izzah.
ReplyDeletelada keringnya memang merah menyala klu dimasak tp rasanya tetap tidak pedas. hehe...
salam en daun.
ReplyDeleterajin masak belum dapat membahagiakan hati pasangan kita en daun. huhu...
salam indah.
ReplyDeletekelakarlah indah ni. hehe...