Kacang masin itu sahaja yang suami tidak beli, memang dapat percuma ketika menaiki kapalterbang. Saya memang suka kacang masin ini sebab rasanya memang sedap. Sekiranya suami outstation dan memerlukan beliau menaiki kapalterbang beliau tidak pernah lupa menyimpankan kacang masin ini buat saya dan anak-anak.
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulillah, malam semalam suami selamat sampai ke rumah setelah menghadiri mesyuarat di Langkawi. Berikut merupakan ole-ole yang dibeli oleh beliau di sana sewaktu masa senggang. Set vision dan 2 helai blouse linen dibelikan untuk saya. Untuk anak-anak beliau belikan berbagai jenis coklat, sotong dan kekacang. Coklat Guylian itu adalah permintaan dari Noor Hamimah. Hamimah saling tidak tumpah seperti arwah emak saya yang suka sangat makan coklat. Untuk suami sendiri beliau membeli dua helai kemeja linen.
Suami bercadang menambahkan set corelle yang sedia ada tetapi saya kata nanti-nantilah dahulu. Begitu juga ketika suami bersuara hendak membeli set vantage. Set vision ini pun tidak tahu hendak letak di mana. Saya memang teringin sangat memiliki set ini apatah lagi setelah adik saya Noni menggunakannya untuk menggoreng sayur campur dan kakak sulung saya memasak sup. Nampak cantik sangat. Hehe... Apa pun terima kasih yang tidak terhingga buat suami.
Suami bercadang menambahkan set corelle yang sedia ada tetapi saya kata nanti-nantilah dahulu. Begitu juga ketika suami bersuara hendak membeli set vantage. Set vision ini pun tidak tahu hendak letak di mana. Saya memang teringin sangat memiliki set ini apatah lagi setelah adik saya Noni menggunakannya untuk menggoreng sayur campur dan kakak sulung saya memasak sup. Nampak cantik sangat. Hehe... Apa pun terima kasih yang tidak terhingga buat suami.
salam kak anis,
ReplyDeletebestnya bila Hubby sporting nak belikan set vision tu. cantiknya...teringin corelle. kat langkawi rega dia murah2 ya kak?
salam indah.
ReplyDeletedah 16 tahun kawin baru dapat ni indah. alhamdulillah. corelle mmg cantik n ringan je. kat langkawi mmg murah2 lbh kurang kat pengkalan kubor n rantau pnj juga.
hubby indah pn best sama,:))
Salam kak anis, kelmarin sy jmpa dgn rombongan guru dr Pgkln Chepa. Diorg pnuh satu bndar Kuah ni.
ReplyDeletesalam kak nis..wah bestnya suami nak belikan.. bahgia tul.. kak nis jemput dtg umah amik award ye..sudi lah
ReplyDeletesalam Anis. Vision... memang jadi pilihan hati
ReplyDeletesalam kak anis....wawawa....senyum panjang nampak...tu tanda kasih sayangnya masih utuh..berderet dapat buah tangan. memang senang guna mangkuk vison ni kan...pas masak takyah tukar terus atas meja, wakaka tu org malas cam su lah kak.. tahniah!!!
ReplyDeleteSalam K.Anis, wow ada set vision lagi...bestnya kak...yatie merantau jauh ni pun tak jumpa2 lagi barangan tu...takde stok katanya...kalau correle banyaklah...mesti akak senyum meleret je seminggu ni..hi3..yatie tumpang gembira juga...
ReplyDeletesalam en daun. ms di langkawi suami akk tinggal di hotel bayview. dia kata dkt dgn tempat shopping. kdg2 lucu juga ya, bknnya klate takde pengkalan kubor n rantau panj. suami akk pn kena sound boss dia beli set vision kat sini. hehe..
ReplyDeletesalam izzah.
ReplyDeletesyukur alhamdulillah. abg part beli pinggan mangkuk mmg minat klu ongkosnya adalah. hehe...
salam fuzids.
ReplyDeletejangan tak tau akk sebenarnya ngeri nak pakai perkakas dapur kaca ni. lbh2 lg letak api. huhu... rasa mcm nak pecah je. hehe...
salam su.
ReplyDeletealhamdulillah n terima kasih. coklat tu byk lg. klu dkt blh kita kongsi2kan. hehe... vision tu akk dah gunakan smlm masak sup utk nasi ayam. hehe...
salam yatie. nnti blk mesia blh beli.set corelle pn cantik. ringan je, akk pn ada guna ckit2. kdg2 brg2 mahal ni takut2 n sayang nak guna. hehe...
ReplyDelete