Assalamualaikum dan selamat petang semua. Sebenarnya epok-epok ini saya buat dua hari lepas. Sempat letak gambar di facebook sahaja. Hari ini baru dapat letakkan entrinya di blog pula. Kami satu famili gemar makan epok-epok terutamanya berintikan sardin. Saya pula tidak berapa kisah dengan intinya, asalkan epok-epok sedap saja. Jom kita kongsi resepi buat kulit epok-epok ini...
Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar margerin
1/2 sudu kecil garam halus }
1 cawan air ais } dicampurkan
Cara-caranya:
1. Masukkan tepung dalam mangkuk adunan. Tambahkan dengan margerin dan gaul rata.
2. Masukkan air garam sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi doh.
3. Canai doh tadi, masukkan inti dan kelim epok-epok tadi.
4. Goreng epok-epok yang telah siap dibentuk dalam minyak terendam dengan api sederhana.
Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar margerin
1/2 sudu kecil garam halus }
1 cawan air ais } dicampurkan
Cara-caranya:
1. Masukkan tepung dalam mangkuk adunan. Tambahkan dengan margerin dan gaul rata.
2. Masukkan air garam sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi doh.
3. Canai doh tadi, masukkan inti dan kelim epok-epok tadi.
4. Goreng epok-epok yang telah siap dibentuk dalam minyak terendam dengan api sederhana.
INTI KARI SARDIN CARA SAYA
Bahan-bahannya:
1 tin besar sardin ( saya guna brand marina )
3 biji bawang bombay diracik dadu kecil-kecil
2 sudu besar rempah kari ikan dijadikan pes
secubit garam
Cara-caranya:
1. Toskan sardin dari sosnya dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang bombay hingga layu. Masukkan pes kari dan kacau sebati. Masak hingga pecah minyak dan naik bau. Tambahkan dengan sardin.
3. Pecahkan ( betul ke perkataan ini, hehe...) sardin di dalam kuali dengan sudip dan gaulkan dengan bahan-bahan tumis hingga sebati. Masukkan secubit garam.
4. Sentiasalah dikacau sehingga masak.
Salam kak anis, sedapnya epok-epok akk buat ni. Kna pula inti sardin tu pds lg tmbh sdp. Apa beza epok2 dgn karipap?
ReplyDeleteMintak epok2 sardin 2 ketul! Lapar pulak Love karang! ;)
ReplyDeleterasanya nak buat inti sardin yg paling senang n cepat kan... tapi hubby kita tak mkn lak epok2 sardin, kalu tingin tu beli jerlah.. tapi kak anis punya tu tak tahan saya menengoknyalahhhh
ReplyDeletesalam alaik kak anis.
ReplyDeletehari ni kita pun makan epok2 tapi bukan buat sendiri, tak pandai... so beli yg segera je. best la kalau pandai buat epok2 ni, cik abe makan licin sepinggan.
salam en daun.
ReplyDeleteepok2 n karipap tu sama aje kuihnya. saje kali ni panggil epok2 sbb akk teringat arwah emak. arwah mmg rajin buat epok2 tak kiralah inti apa n kuih2 tradisional yg lain.:))
salam sejahtera love.
klu utk love bkn setakat 2 ketul, byk pn akk blh bg. hehe...
salam sariyusa.
suami akk n anak2 plk tak suka mkn epok2 inti lain. klu beli kat luar pn inilah pilihannya.
lg satu intinya mesti byk sardin. hehe...
salam kakchik.
kadang2 akk pn beli yg segera aje tp suami n anak2 lbh suka klu akk buat sendiri. blh cuba kak chik, insyaAllah mudah, klu tak pandai kelim guna acuan saje.:))
Salam Anis,
ReplyDeleteSedapnya epok2 ni. Sweetie Baru terfikir2 nak buat epok2, buat minuman petang weekend ni.