Monday, May 17, 2010

KEK KEJU MARBLE



Assalamualaikum dan selamat pagi rakan-rakan semua. Hari ini selesai memasak untuk makan tengahari angin rajin pun datang hendak membakar kek. Kek ini saya ambil dari resepi Yatie yang nun berada di US. Bila lihat kek yatie yang kemas sahaja lapisannya buat saya tergelak melihat lapisan pada kek ini. Apa hendak buat, agak payah meratakan lapisan atas kek ini jadi saya buat mana yang boleh sahaja. Anak-anak tidak sabar hendak makan jadi terpaksalah dipotong semasa masih hangat. Sedapnya mak, komen mereka. Alhamdulillah dan terima kasih yatie, akak letak resepinya di sini ya.....

Bahan-bahannya:

(A)
180 gram mentega
170 gram gula halus
3 biji telur gred A
20 gram serbuk koko*
120 gram tepung halus (guna tepung gandum)*
1 sudu kecil baking powder*

(B)
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur gred A

Cara-caranya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 160C. Lenser minyak pada tin 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak.
2. Putar gula dan mentega hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji dan putar lagi hingga telur, gula dan mentega sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gunakan low speed jika guna pengisar. Untuk langkah 1 hingga 4 saya gunakan cara manual je. Hehe...
5. Dalam mangkuk lain, putar cream cheese, esen vanilla dan gula hingga kembang.
6. Masukkan telur dan pukul adunan hingga berkrim.
7. Tuangkan adunan coklat separuh dalam loyang dan ratakan.
8. Tuang kesemua adunan cream cheese dan ratakan.
9.Akhir sekali tuang lebihan adunan coklat tadi dan ratakan.
10. Bakar selama 40 hingga 45 minit atau sehingga kek masak.
11. Sejukkan sebelum dipotong (saya potong masih hangat sebab anak-anak tidak sabar hendak makan, hehe...)

7 comments:

  1. amboi..sedapnya kek keju marble ni... :)

    ReplyDelete
  2. Salam K.Anis,
    Tahniah dah menjadi keknya...masa lapisan yg atas tu yatie letak sesudu sana dan sini sikit...pastu ratakan perlahan2 supaya menutupi lapisan cheese....mmng kena sabar sikitlah...pastu baru bakar...

    cubaan pertama kira ok tu...yg penting anak2 suka dan dimakan kek tu..

    ReplyDelete
  3. Salam kak anis, dh abes la kot kek keju marble ni dikerjakan oleh puteri2 akk. Tak leh la sy nk test 2, 3 ketoi...huhu..

    p/s : Kuih apam yg sy bgtau pg akk sblm ni ada kat blog kak rosaliza.

    ReplyDelete
  4. Salam Anis,

    Masa tengah panas la sedap kek ni yer Anis,aromanya yang harum tak sabar nak merasanya.hehe

    ReplyDelete
  5. kak nis nak tanya betul betul ni..kek ni texture dia moist atau lembut gebu kak? sebab mmg lama nak try nyerr..tapi mcm takut tak jadi jeeek

    ReplyDelete
  6. salam ctnaemah.
    mmg sedap kek ni tp tak blh mkn selalu. tak baik utk kesihatan. hehe...

    salam yatie.
    t.kasih resepi ya. wp tak menjadi lapisannya, rasanya ttp sedap sgt.:))

    ReplyDelete
  7. salam en daun.
    tak abis juga en daun sbb budak2 tu muak agaknya mkn byk sgt ms tgh hangat2 tu. akk tapaukan tetamu yg dtg. hehe... klu nak rasa seketul dua blh lg. hehe...

    salam sweetie.
    masa bakar tu mmg semerbak baunya. tu yg anak2 tak sabar tny bila blh mkn. hehe...

    salam izzah.
    kek ni mmg moist n gebu. cuba la, insyaAllah jadik.:))

    ReplyDelete