Tuesday, January 25, 2011

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API, TERUNG GORENG BERLADA


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Menu kami hari ini udang galah lagi. Kali ini sebahagian saya masak lemak cili api dan sebahagian lagi saya goreng garing. Sebenarnya pagi tadi saya sudah mengeluarkan sotong dari dalam peti sejuk. Sekembali dari belajar memandu (hehe... sambung balik belajar, tinggal di Kuching terpaksa melawan hati yang takut, kerana Allah, anak-anak sekolah dan suami) saya keluarkan pula udang galah. Bila melihat kuantitinya yang banyak tidak jadilah saya hendak masak sotong. Takut terbazir sahaja nanti. Jom kita kongsi resepi mudah lagi...

Bahan-bahannya:

4 ekor udang galah
9 biji cili api - kalau nak pedas boleh tambah lagi
1 biji bawang besar kisar
1 biji bawang putih kisar
1 biji bawang merah kisar
sedikit halia dikisar
sedikit kunyit hidup dikisar
sedikit belacan dikisar
5 batang serai dititik
sedikit air asam jawa
200 ml santan
air secukupnya
garam

Cara-caranya:

1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan serai hingga naik bau. Masukkan air asam jawa dan air mengikut citarasa. Kacau sebati.
2. Masukkan santan dan kacau lagi. Bila kuah sudah menggelegak masukkan udang galah yang telah siap disiang tadi.
3. Kacau dan biarkan udang galah tadi masak. Rasakan masin secukup rasa dan matikan api.







Terung goreng berlada ini pula permintaan anak sulung. Semasa ke Pasar Satok pagi Sabtu tempohari, dia berpesan supaya beli terung. Hehe... Inilah hasilnya. Jom kita tengok resepi mudahnya....

Bahan-bahan:

4 batang terung potong ikut suka
3 batang cili merah kisar
3 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
sedikit belacan dikisar
sedikit udang kering dikisar - guna ikan bilis pun boleh, ini kes nak abiskan stok udang kering.
sedikit asam jawa dicampur sewaktu mengisar
garam, gula dan perasa ikut suka

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan goreng terung separa layu. Toskan minyaknya dan ketepikan.
2. Dengan lebihan minyak tadi (kalau banyak, sila kurangkan) tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan garam, gula dan perasa ikut citarasa. Kacau sebati.
4. Masukkan terung yang telah digoreng tadi dan gaul dengan sambal secara merata. Sedia untuk dimakan dengan nasi panas.



3 comments:

  1. assalamualaikum kak anis..gerammnya tengok udang galah beso2 ni..sy suka udang tp ada allergik.kekadang belasah aje..pastu siap laa selsema manjang..ms kecik2 lg teruk..jamah sikit pun boleh naik gegata seluruh badan.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam naemah.
    akk plk mmg dr dulu tak brp suka mkn udang. slalu mkn nak bg abis je sbb takut membazir. hehe...
    klu ada alahan mmg takut nak mkn ya. mcm akk ada athma, mkn patut kena pantang tp kdg2 pn sama belasah aje. haha...

    ReplyDelete
  3. fuhhh org yg malas nak masak hari..masak udang galah semalam.. seronok dok sana makan udang besau2 hari.. kak ilah dah merasa dah dulu ikan besau2. tapi ikan kecik2 langsung tak sedap..mcm kembong dll rasa mcm ikan kukus..huhuu la ni tak tau macam mana... poskan kak ilah sekilo hahaha

    ReplyDelete