Sunday, January 16, 2011

AYAM MASAK KURMA DAN UDANG GALAH GORENG TERENDAM


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Pertama kali saya masak ayam kurma. Rempah dapat percuma. Hehe... Anak yang sulung suka sampai 3 kali bertambah nasi, anak ke dua hilang selera berlaukkannya dan suami pula, "lauk merepek apa yang awak masak ni?" Oh, tidak.... Biasalah minat orang berbeza-beza. Bagi saya sedap dan ada kelainan dari menu ayam yang biasa. Bau rempah kurma ini ketika dimasak harum memenuhi ruang dapur, ruang tamu hingga ke tingkat atas rumah. Sungguh menyelerakan, tidak percaya? Gunakan rempah kurma Faiza. Jom tengok resepinya....


Bahan-bahannya:

1 ekor ayam dipotong-potong
5 batang lada hijau dibelah jangan putus
2 biji tomato dibelah 4
3 biji kentang dibelah 2
1 biji bawang besar kisar
5 biji bawang merah kisar
2 biji bawang putih kisar
1 ketul kecil halia kisar
sedikit air asam untuk mengisar
rempah tumis 4 sekawan
1 cawan pati santan
2 paket rempah kurma faiza
air
garam dan gula ikut suka

Cara-caranya:

1. Campurkan bahan-bahan kisar dan serbuk kurma untuk dijadikan pes. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan hingga berbau wangi dan masukkan pes kurma tadi. Gaul lagi dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan potongan ayam tadi dan gaul sebati.
4. Masukkan air separas ayam dan kacau. Masak hingga ayam separa empuk.
5. Bila ayam separa empuk, masukkan kentang dan kacau lagi.
6. Tambah santan dan kacau sekejap-sekejap.
7. Bila ayam dan kentang sudah empuk masukkan lada hijau dan tomato. Rasakan masinnya dan biarlah kuah mendidih semula barulah dimatikan apinya.



Aidilfitri lepas saya baru sahaja merasa udang galah hasil pancingan bapa di kampung di bulan puasa. Emak muda simpan untuk kami anak-anak tirinya makan bila pulang beraya. Memang sedap walaupun saiznya comel-comel terasa sangat lemak-lemak manisnya.
Udang galah ini suami beli di Pasar Satok, melihat saiz dan sepitnya sahaja saya sudah takut. "Jangan belilah bang." Alasannya tidak pandai menyiang. Hehe.... Suami kalau dia suka beli saja. Menurut penjual kalau tidak musim, harga udang galah ini sekilo mencecah RM60. Suami beli 4 ekor, seekor setiap ahli keluarga. Beratnya sekilogram lebih.
Saya goreng untuk makan malam, rasanya tidaklah semanis dan selemak udang galah hasil tangkapan bapa. Sedap jugalah...

Cara saya goreng begini:

-tumbukkan bawang putih, halia dan kunyit bersama garam hingga lumat.
-gaul merata pada udang galah yang telah disiang, dicuci dan ditos.
-biarkan seketika.
-panaskan minyak dan goreng secara terendam.


8 comments:

  1. tu diaaa...udang..besar merah nyala kak..lama benor tak amkan udang.katanya kat sana udang murah kan

    ReplyDelete
  2. izah, harga udang kat sini lebih kurang kat kota bharu gak. tak byk beza la. mmg takut tgk udang ni kan, dah le besar. akk mkn sikit je sbb muak. lemak sgt la patut tinggi kolesterol.

    ReplyDelete
  3. salam Anis..mmg happy sgt!wui!sedapnya menu Anis arini....nk tumpg mkn tghari blh?

    ReplyDelete
  4. salam kak anis. lauk-pauk akak ni buat chik lapar je walhal tadi dah sarapan. kurma ayam tu chik nak ubi kentang je sebab chik nak ratah udang galah tu... mmmm yum yum!

    ReplyDelete
  5. kak anis..tengok udang tu teringat tpt makan atas Pasar Siti Khadijah pulak..kan!.

    ReplyDelete
  6. salam atie.
    mmg dah dijangkakan. hati ibu manalah yg tak berbunga bila jumpa anak yg dirindui. sy pn tumpang happy tau.:))

    salam chik.
    hehe... sileke.:))

    salam ct.
    ada ke naemah? 4 tahun lbh akk duk kb tak penah mkn pn kat tingkat atas tu. haru betul. haha...
    biasanya klu akk nak beli udang yg besar2 gajah ni akk cari di pasar gok kapor tp biasanya bkn udang galah, udang laut je.

    ReplyDelete
  7. sy pergi makan pagi sekali aje dulu..hehehe

    ReplyDelete
  8. Salam Chik Anis..
    boleh idzin ga copy dan pakai Photo yg ada di Blog Chik Anis..
    Terimakasih banyak sebelumnya.

    ReplyDelete