Thursday, January 13, 2011

KEK KUKUS COKLAT


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Kek coklat kukus ini sebenarnya sudah lama saya buat tetapi baru hari ini dapat dikongsikan resepinya bersama. Membuatnya cukup mudah dan rasanya memang sedap. Resepi saya cedok dari saji online. Kekurangannya cuma saya tidak mencurahkan topping coklat di atasnya.



Jom kita tengok resepinya. Saya pun sedang menanti rebusan telur masak untuk dibuat inti sandwich buat bekalan anak-anak ke sekolah esok. Suami pun tiada kerana mesyuarat di Sebuya dan kemudian akan ke Pusa pula. Malam ini beliau bermalam di Seri Aman. Sebelum sampai ke Sebuya, 2 kali beliau menaiki feri. Kalaulah tidak ditakdirkan Allah tinggal di Sarawak, kami pun tidak ambil pusing hal-hal sebegini rasanya. Huhu....

Bahan-bahannya:

1 cawan koko
1 cawan gula
1 cawan margerin cair (saya guna mentega)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
11/4 tepung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil baking soda
3 biji telur (dipukul)

Cara-caranya:

1. Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda. Ketepikan.
2. Dalam periuk, masak koko, gula, margerin, susu cair dan susu pekat hingga cair dengan api sederhana. Jangan sampai hangus.
3. Sejukkan.
4. Masukkan telur ke dalam adunan ini dan kacau sebati. Tambahkan dengan tepung dan gaul lagi hingga sebati.
5. Kukus selama 1 jam dan biar sejuk baru dipotong-potong.

3 comments:

  1. salam anis, wah.. gebunya kek cklat dia..! geram nengok. anis dh kat sarawak ker..? jauh merantau ya..

    ReplyDelete
  2. salam am.
    ya am, dr oct thn lepas. merantau lg entah sampai bila. agaknya bila suami dah pencen baru balik johor itu pn rasanya berbelas tahun juga nak menanti.
    resepi ni mmg sedap n mudah am, tu yg sy buat. hehe....

    ReplyDelete