Wednesday, January 19, 2011

ASAM REBUS BATANG KELADI DAN ASAM TUMIS IKAN PISANG


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Cuaca di luar sekejap panas, sekejap mendung, sekejap hujan. Klinik-klinik pun penuh sebab ramai yang menghidap selsema, demam dan batuk akibat cuaca tidak menentu. Tidak terkecuali kami sekeluarga. Semuanya sedang mengalami gejala hidung sumbat. Hehe... Alhamdulillah, bukankah sakit itu penghapus dosa dan tanda Allah SWT sayang dan ingatkan kita....
Berbalik pula dengan lauk asam rebus batang keladi yang sedap ini. Jika dimasak lemak cili api bersama siput sedut lagilah sedap.... Malangnya tiada siput sedut, jika tidak suami pun dapat tumpang sekaki makan.
Tempohari ternampak lauk ini di dapur kak nor, secubit garam. Makin la membuak-buak perasaan hendak memasak batang keladi ini sampai suami pun pelik saya membelinya di pasar. "Apa yang awak beli ni?" Sepanjang menjadi menantu saya memang tidak pernah sekali pun melihat emak mertua masak batang keladi ini tetapi arwah emak dan kakak-kakak terutama Ita memang rajin memasaknnya. Jom jengah-jengah apa yang patut...


Bahan-bahannya:

Batang keladi yang telah disiat kulit dan dipotong-potong
3 batang cili merah
5 biji bawang kecil
1 biji bawang putih
1/2 genggam ikan bilis
sedikit belacan
secekak daun kesum
air asam jawa
garam, gula dan perasa secukupnya

Cara-caranya:

1. Celur batang keladi tadi hingga separa masak. Tos dan ketepikan.
2. Kisar lada merah, bawang kecil, bawang putih, ikan bilis dan belacan tetapi jangan sampai lumat. Kalau larat tumbuk lagi sedap.
3. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam periuk bersama air asam jawa dan air ikut citarasa masing-masing.
4. Masak hingga mendidih. Masukkan batang keladi celur bersama daun kesum.
5. Tambahkan garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Biar mendidih sekali lagi dan tutup api.



Asam tumis aka asam pedas. Lebih kurang sama sahaja cara membuat dan rasanya. Untuk asam tumis kita cuma perlu tambahkan serai yang dititik, daun kesum, bunga kantan dan daun limau purut. Resepi ada dalam keluaran entri terdahulu. Jom jamu mata....

5 comments:

  1. salam anis, wah.. sedapnya btg keladi, kita 1 bln sekali mesti masak tau, anak yg bujang tu suka sngt dpt dia hirup org lain dpt menjamah ajelah jwpnya. anis, ltk ikan kering kurau lagi sdap tau..!

    ReplyDelete
  2. Salam kak anis,
    Keladi msk mcm ni mmg sy sgt suka. Akk gna keladi jnis apa tu ye? Keladi pinang atau keladi Johor yg popular skrg ni?

    ReplyDelete
  3. salam nieza.
    sesekali makan mmg sedap tp tak sesedap masakan arwah mak la. hehe...

    salam am.
    oh ya ke, sy ada ikan masin kurau tp tak letak sbb tak tahu. next time klu masak lg lauk asam rebus batang keladi ni blh letak sekali. t.kasih am.:))

    salam en daun.
    akk tak tahu keladi apa en daun. akk cuma tny pd makcik yg jual "gatal tak?" dia kata tak sbb keladi ni dia tanam. hehe... akk plk kurang tahu jenis2 keladi.

    ReplyDelete
  4. Biasanya org jual keladi pinang tp skrg keladi johor lbh dpt pmintaan dlm pasaran. Keladi pinang ni sy ada tnm kat sini. Benihnya beli di Kelate.

    ReplyDelete