Penghujung Julai tahun lepas suami saya telah menyertai rombongan Tan Sri Muhiddin Yasin membuat lawatan perdagangan ke Vietnam. Kalau tidak silap saya beliau berada di sana 4 hari 3 malam. Ingat-ingat lupalah sebab sudah setahun lebih beliau ke sana. Sebelum bertolak suami bimbang sukar mencari makanan halal di sana tetapi sangkaan suami meleset sebab di Vietnam ada juga restoran muslim yang menghidangkan masakan Padang. Semasa beliau di sana, hanya sms menjadi penghubung bicara. Hehehe... Saya ini sejak mendirikan rumahtangga 15 tahun dulu memang sering ditinggal suami bertugas outstation tetapi Vietnam inilah tempat yang paling jauh. Mula-mula suami ditugaskan ke Jakarta tetapi program itu dibatalkan. Selepas saya tidak berkerja dan sewaktu anak-anak masih kecil, kami rajin juga mengikuti suami outstation. Namun setelah anak-anak menginjak usia belasan tahun jika hendak mengikut suami ke mana-mana kenalah tunggu waktu cuti sekolah. Oleh kerana jadual lawatan yang padat suami tidaklah dapat pergi membelibelah. Menurut suami jalanraya di sana amat sesak dan kenderaan bersimpang siur tetapi peliknya tiada pula kemalangan seperti di sini. Suami sempat juga pergi ke pasar malam namun pengunjungnya macam semut dan lebih sesak dari pasar borong Wakaf Che Yeh ketika menjelang hari raya. Menurut suami lagi hampir keseluruhan wanita Vietnam bekerja dan mereka rajin bersenam seawal pagi. Kebanyakkan dari mereka juga jelitawan kerana berdarah campuran Amerika. Suami pula hanya dapat membeli alas meja makan, lapik gelas minuman, cermin muka (sebagai cenderhati untuk kawan-kawan anak) dan 4 pasang sutera Vietnam (untuk saya, anak-anak dan mak mertua).
nes ...
ReplyDeletecantik alas meja tu...cantik juga sulaman dari Vietnam ni ye...
aku guna baru sekali ne. mmg cantik bila di alaskan atas meja. meja aku alas mcm tikar getah tu aje. senang nak lap2 klu kotor. hehe..
ReplyDelete