Wednesday, March 23, 2011

SAMBAL TUMIS UDANG+SOTONG KECIL



Bahan-bahannya:

500 gm udang saiz sederhana
500 gm sotong saiz kecil
3 senduk cili kisar
3 biji bawang besar kisar
2 ulas bawang putih kisar
1 inci belacan kisar
air asam jawa
garam dan gula
1 biji bawang besar kuning dipotong bulat

Cara-caranya:

1. Kupas kulit udang dan tinggalkan hanya bahagian ekornya sahaja. Rebus kulit udang tadi dan toskan air rebusannya.
2. Dalam periuk masak sotong hingga airnya kering.
3. Untuk mengisar bahan-bahan kisar, gunakan sebahagian air rebusan udang dan ramaslah asam jawa. Gunakan air tersebut untuk mengisar bahan-bahan tadi.
4. Dalam kuali, tumiskan bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau. Tambahkan garam dan gula secukupnya. Masukkan sotong dan udang. Gaul sebati. Sekiranya sambal terlalu pekat bolehlah masukkan lebihan air rebusan udang tadi. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan kacau lagi.
5. Biarkan seketika di atas api atau hingga udang masak. Hidangkan.

5 comments:

  1. Ohhh..terliurnyaa melihat udang n sotong nih dibuat sambal...makan ngan nasik lemak memang x sedar diri laa kn kak..haha

    ReplyDelete
  2. As salam kak anis,
    Kat sini, sotong kecil dijual dlm bentuk sotong kering. Saiz dia sebesar ibu jari je. Mmg sdp kalau dimasak mcm yg akk buat buat ni.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Anis...sambal udang + sotong = i like..sambal pekat mcm ni baru la bermakna kalau dpt mkn...tengok pon berselera :)

    ReplyDelete
  4. tgk sotong kecik ni teringat yg akak masak aritu... jenuh nak siang.. hehe..

    ReplyDelete
  5. HaSue:
    mmg sedap mkn dgn nasi lemak, cecah roti bakar pn sedap HaSue.

    En Daun:
    waalaikumussalam. mmg betul rasanya sotong saiz kecil lg sedap dr sotong saiz besar. hehe... sotong saiz besar sedap goreng salut tepung dr dimasak.
    sotong kering lagi le sedap. kecur...

    Azlina:
    waalaikumussalam.
    sy pn suka sambal2 pekat mcm ni sbb klu cair rasanya dah mcm bukan sambal plk rasanya. hehe...

    MaDiHaA:
    haah, mmg jenuh nak menyiangnya. haha... tp berbaloi sbb rasanya sedap n teksturnya tak liat.:))

    ReplyDelete