Saturday, March 19, 2011

TAT KEJU BLUEBERRY


tat yang agak hangsus sebab sewaktu saya bakar kali ke 2 saya lupa nak set timer sebab leka menyuapkan anak makan. hehe....

Assalamualaikum semua. Entri membersihkan sawang blog saya yang ke dua adalah tat keju blueberry. Inilah kali pertama saya mencubanya. Anak-anak memang suka. Biasanya kalau terasa hendak makan saya hanya beli di kedai kek sahaja. Saya memang tidak yakin hendak mencubanya. Ada perasaan macam tidak menjadi sahaja jika saya membuatnya. Keinginan tersebut saya pendam dari sejak menetap di Kota Bharu dulu. Hehe...
Alhamdulillah percubaan saya berhasil juga. Resepinya saya ambil dari blog Pn Azita Zain yang saya rasa memang ikhlas dan tidak lokek berkongsi ilmunya. Moga beliau sentiasa dirahmati Allah dan dilimpahkan rezeki yang berkat. Terima kasih juga buat Yusa Sari kerana beliaulah pencetus keberanian saya mencuba tat yang saya rasa amat sukar untuk menyediakannya ini.

4 comments:

  1. assalam anis..sedap n comel je tat keju tu..mkn mesti tak dunia tuh heheh

    ReplyDelete
  2. sedap kak resepi kak ita ni..sy pun baru buat n dah abis semalam..hehe..
    cantiknya yg biru2 tu..apa ek?pewarna ke?

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam liza.
    klu tak mengenangkan badan yg semakin membulat mesti sy mkn tak ingat. hi3. takdelah, sy guna acuan yg saiznya agak besar jd mkn satu atau dua pn dah cukup.:))

    HaSue.
    yg biru tu mmg pewarna yg akk campur dgn cream cheese. hi3. anak2 akk mmg suka, t.kasih buat azita.:))

    ReplyDelete
  4. nes dah lama aku tak tinggalkan jejak di sini..hehe

    Amar cakap tat kau ni cantik dan sedap..aku pun teringin nak buat tapi entah bila.. :-)

    ReplyDelete