Monday, June 27, 2011

SAMBAL UDANG, TEMPE DAN KENTANG BERKICAP



Bahan-bahannya:

500 gram udang saiz sederhana - dikupas kulit, tinggalkan bahagian ekor sahaja, goreng sekejap, toskan minyaknya
3 biji kentang - potong ikut suka, digoreng
1 keping tempe - potong ikut suka, di goreng
sedikit cili kering kisar
bawang besar kisar
bawang putih kisar
sedikit ikan bilis@udang kering dikisar
kicap masin secukupnya
gula secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.
2. Tambahkan dengan kicap masin secukupnya bersama gula sesedap rasa. Kacau sebati.
3. Masukkan udang, tempe dan kentang yang digoreng tadi. Kacau sebati.
4. Biarkan sebentar di atas api dan bolehlah dihidangkan.

2 comments:

  1. Salam kak anis! lamanyer tak singgah sini, akak sihat ke kak? rinduuuu padamuuuuuu :D tgk sambal udang tuuu teringat nasi lemak hihihi...

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam ika.
    akak pn kangen dgn ika. alhamdulillah sihat cuma tak serancak dulu buat n3 terbaru. mmg sedap mkn dgn nasi lemak.:))

    ReplyDelete