Assalamualaikum dan selamat malam semua. Semalam saya dan anak-anak hanya makan makaroni goreng untuk mengalas perut. Bahan-bahan yang digunakan untuk penyediaan makaroni ini hanya apa yang ada dalam stok sahaja. Saya goreng pun style menggoreng mee biasa sahaja. Rasanya saya lebih suka makan bihun berbanding makaroni atau mee kuning. Hehe...
Jom kita kongsi resepi ringkas ini pada yang sudi...
Bahan-bahannya:
500 gram makaroni direbus dan ditoskan
5 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
sedikit sos tomato
sedikit kicap masin
sedikit garam
secubit gula
sawi dipotong-potong
udang
bebola ikan
daging ayam dihiris
Cara-caranya:
1. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Tambahkan dengan sos tomato, kicap masin, garam dan gula. Kacau sebati.
2. Masukkan ayam, udang dan bebola daging. Kacau lagi.
3. Masukkan makaroni rebus dan kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan sawi yang dipotong tadi dan gaul sebati.
hmm Kak Anis, tengok gambar jer dah nampak sedap makaroni tu.
ReplyDeleteBudak2 suka makaroni ni, hiris nipis2 carrot pastu masukkan sekali. ingat masa sweetie zaman dara dulu kerja kat taska..
tak suka pon ..sama je :P macam fuck
Deletesaya cimta muuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Deletesalam sweetie.
ReplyDeletemmg sedap klu ada hirisan carrot tp ms masak makaroni ni akk guna bahan2 yg ada aje. oh dulu sweetie kerja kat taska ya sama mcm akk, akk pn penah mengajar di tadika dulu.:))
nampak sedaplah kak anis especially tang banyak udang tu. kakchik suka semua, mee, bihun atau makaroni
ReplyDeletemmg nampak sedap sy mesti mencubanya
ReplyDeleteNk try la mlm ni. done follow
ReplyDelete