Assalamualaikum dan selamat malam semua. Jom berkongsi cerita dan gambar saya dan keluarga sepanjang kami pulang ke kampung pada minggu terakhir cuti sekolah lalu. Dalam gembira ada juga sedihnya sebab saya tidak dapat berjumpa dengan bapa, kakak dan adik bersama keluarga masing-masing sebab mereka menghidap sakit mata. Jadi kami menghabiskan masa jalan-jalan sekitar Johor Bahru sahajalah...
Lauk lemak cili api masakan emak mertua. Kali ini rajin pula beliau ke dapur menyediakan hidangan makan tengahari. Selalunya sesekali pulang ke kampung sayalah yang mengambil alih tugas di dapur. Namun kali ini badan terasa penat sangat ditambah dengan aktiviti jalan-jalan.Sambal goreng. Memang kegemaran suami dan emak mertua tidak pernah 'miss' memasak jika sesekali anak-anak beliau pulang ke kampung. Alhamdulillah, saya pun sudah expert menyediakannya. Suami sukakan...
Pisang goreng Sg Sebulung. Sesekali balik kampung suami memang tidak pernah 'miss' membelinya. Suka benar suami makan pisang goreng ini...
City Squre. Ngeri hendak jalan-jalan di sini sebab muda-mudi melayu semakin layu. Terlalu terikut-ikut budaya barat atas nama moden kononnya. Nauzubillah...
Bangunan Kotaraya dan Menara Al Ansar. Kalau suami ada rezeki transfer ke Johor, di Menara Al Ansar inilah insyaAllah tempat suami mencari rezeki...
Pemandangan dari tingkat 9 menerusi jendela bilik kami. Adham suka dengan swimming pool tetapi tidak berkesempatan hendak mandi manda. Kakak-kakaknya sudah baligh jadi payah sedikit hendak menjaga aurat di kolam renang ini...
Majlis reunion suami di Pan Pacific. Gembira melihat suami happy berjumpa teman-teman sekolah yang hampir 27 tahun tidak berjumpa. Hebat-hebat semuanya...
No comments:
Post a Comment