Thursday, July 30, 2009

SET TEH ALA INGGERIS

Sudah lama kakak saya suruh buat n3 pasal tea set ni. Sebenarnya tea set ni suami saya beli semasa beliau mesyuarat di Pulau Langkawi awal tahun ini. Sebelum membeli beliau ada bertanya dulu dgn saya samada mahu membelinya atau tidak. Sementara isteri rakan2 beliau awal2 lg dah memesan suami masing2 membeli set pinggan mangkuk yang dijual di situ. Mula2 mmg saya kata tak payah le sebab kami ni hidup tidak kekal satu tempat, dan akan berpindah bila diarahkan. Tapi suami saya kata sayang klu dah sampai Langkawi tak beli apa2. Saya kata ok lah. Jd ini lah gambar tea set tu. Tetamu yang datang rumah saya pasti berkata comel la cik anis set teh ni. He he.. Org Kelantan kata comel tu maknanya cantik le. Set teh ni didatangkan cantik dgn kotak warna pink dan dalamnya di alas dengan kain santin warna sama. Sekali pandang dalam kotak tu mmg cantik betul le. Dalam bab pilih memilih ni suami mmg agak mahir. Sementara bekas yang agak bujur bentuknya dan bertangkai kiri dan kanannya pula tidak termasuk dalam set tu, suami beli yang single.Material pn tak sama cuma corak aje yang sama. Menurut penjualnya boleh diisikan sudu dan garfu. Malangnya bekas ni sompek sikit sbb ketika suami nak bawa balik hari tu beliau masukkan dlm beg tanpa kotaknya. Nak senang bawa katanya. Tapi cacatnya sedikit saje, tak nampak pun. He he..Di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor, Kelantan ada byk dijual set2 teh seperti ini lengkap dengan set makan. Loceng yang pelbagai rupa dan cantik2 belaka pn ada dijual di sini. Harga pn berpatutan. Saya berniat jg sekiranya kena berpindah nanti saya nak beli lg satu atau dua set untuk kenang-kenangan..

WAJIK DURIAN




Sabtu lepas saya dan keluarga pergi ke Pantai Timur, Pengkalan Chepa. Pantai Timur ni hypermarket. Tujuan kami nak cari makanan anak lelaki yg masih belum mahu makan nasi. Tgk nasi pn dia blh loya, susah jg hati saya bila mengenangkannya. Kesihan pn ada. Mudah2an Allah bukakan seleranya nanti. Kebetulan ada pasar malam di sebelahnya. Pantai Timur ni juga dekat dengan Universiti Malaysia Kelantan. Teringat saya sewaktu tahun lepas menghantar anak kakak sulung saya yang bongsu di situ. Berderai air mata kakak saya sewaktu melepaskan anak lelakinya itu. Saya pn turut sebak tp tak lama anak saudara saya di sini sebab beliau dapat melanjutkan pelajaran ke Indonesia dlm bidang kedoktoran tajaan MARA. Berbalik pada pasar malam tu. Meriah betul suasananya dengan pengunjung yg ramai sampai bersesak2. Saya jd rimas dlm keadaan begini. Al kisahnya ternampak le saya satu gerai menjual kuih muih. Di situ le saya terpandang wajik. Hajat hati nak beli sepotong (sbb ahli keluarga yg lain tak minat) tp tak jd sbb saya dah serik. Pernah dulu beli tp kuihnya punya lah manis. Jd saya simpan le angan2 nak buat sendiri. He he.. Jadi ini le gambar wajik yg saya buat (kali pertama). Alhamdulillah, jadi le jg. Saya tambahkan durian. Tp tidak le sesedap wajik durian buatan arwah mak. Emak mmg suka buat wajik terutamanya semasa Aidil Adha. Ingat lagi saya masa kecik dulu menjadi kewajipan saya melihat mak buat kuih. Arwah memang mahir membuat kuih2 tradisional. Kadang2 mcm rasa nak cecah je tangan dlm bancuhan kuihnya. He he.. Tp sekarang mak dah tak ada dan tak ada seorang pn boleh gantikan mak di dunia ni. Begitu jg dengan keenakan rasa apa jg makanan yg terhasil dari air tangannya.. Seingat saya kali terakhir mak buat kuih wajik pada Hari Raya Haji 2001, waktu tu arwah dah mula sakit2 tp kerana anak2 arwah gagahkan diri jg mengacau wajik. Selalunya arwah buat sendiri tp menurut beliau kali ini abang turut menolong. Wajik yang siap dikacau dan masak arwah letakkan dlm dulang enamel besar yang dialas daun pisang. Bila kami semua nak pulang ke rumah masing2 pada hari raya ke 2, arwah potong2 dan masukkan wajik tu dlm plastik untuk kami. Bukan tu aje, sebelum arwah sakit mesti ada rempeyek, tumpi, baulu, dan kuih2 tradisional yang lain dibungkuskan untuk kami. Setiap Aidil Fitri dan Aidil Adha ini le rutin arwah. Mudah2an Allah SWT sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Mudah2an jg roh beliau di tempatkan di kalangan org2 yang beriman, para anbia dan solihin. Amin. Rindunya dengan arwah mak.. Wajik buatan saya ni kak inna yg minta buat n3. Beliau jg yg galakkan saya berblogging ni. Terima kasih ne.. Syawal ni blh le saya menjamu selera di rumahnya. Beliau pn pandai masak dan saya paling suka lauk lodeh air tangan beliau. Meriah isinya, macam2 ada. Sedap pula, he he..

Monday, July 27, 2009

CENDERAHATI DARI RENAISSANCE





Sudah lama sebenarnya saya berjanji dengan kakak saya inna nak buat n3 pasal cawan teh cina dari Hong Kong ni tapi tak berkesempatan. Lebih2 lagi bila bujang kecil saya Adham dah duduk di depan laptop memang tak ada peluang le nak guna. Cawan ni sebenarnya dari tahun lepas ada dalam simpanan saya. Ianya merupakan hadiah dari Hotel Renaissance kepada suami saya kerana menjadi ahli kelab hotel tu. Sementara keris kecil ini pula merupakan cenderahati untuk suami sebagai penghargaan dan rasa terimakasih dari pihak hotel. Cawan ni kecil saje bentuknya dan ringan pula. Sementara keris itu agak tajam dan gunanya untuk membuka sampul surat. Saya pula belum berapa mahir mengambil gambar sebab selalunya ambil gambar keluarga saje. Jadi gambar2 ni tidak lah menarik sangat.

Saturday, July 25, 2009

MENGINAP DI RENAISSANCE

Selasa lepas sy dan anak2 menemani suami menginap di hotel renaissance, kota bharu. Hotel tu tak jauh sgt dr rumah sy. Dr rumah pn blh nmpk bangunanny. He he.. Suami kena menghadiri mesyuarat di situ dan sebagai tuan rumah tentulah kesibukkan beliau berganda. Beliau pn mudah nak menghantar 2 org anak gadis sy ke sekolah. Satu di Sekolah Menengah Ahmad Maher dan seorg lg di Sekolah Keb Sultan Ismail Petra 2. Balik sekolah mereka menaiki van yg dipandu jiran yg baik hati dan mudah memberi pertolongan. Sepanjang hari sy berdua dgn anak yang kecil, beliau gemar melihat pemandangan di luar tingkap. Pemandangan dari tingkat 19. Seronok betul dia dpt melihat bangunan tesco, hospital perdana (2 kali beliau dirawat di situ), papan tanda iklan digi dan macam2 lagi. Nak mkn pn minta disuap sambil menikmati pemandangan. Anak sy ni mmg gemar tinggal di hotel. Setiap kali sampai di mana2 hotel pn beliau dgn gembira akan berlari menuju ke katil dan berbaring dgn senyuman. Nak tergelak pn ada. 3 mlm sy di sini terasa lama, jumaat sesampai di rumah sy mula bersilat mengemas rumah dan membasuh sebhgn pakaian (selebihny hantar dobi le). Selepas asar ke dapur pula. Penat2 pn bila lihat rumah bersih lapang fikiran. Sejak 4 mlm ni Kota Bahru hujan lebat dan angin kuat. Apa2 pn yg berlaku ada hikmah di sebaliknya...

Tuesday, July 21, 2009

TEMPAH BAJU

2 mggu lepas sy ke nagoya textile di tesco, kota bhru kerana mencari kain meter utk kluarga sy. Thn ini teringin pula nak pakai baju raya sedondon satu kluarga di pg raya, insyaAllah. Ungu tua pilihan sy. Suami sy tak gemar warna lembut2, apa2 pn mesti ikut taste dia. Sblm ni kami slalu beli yg dah siap. Selaluny di Nordin Batik le sbb byk pilihan n harga berpatutan. Rupa2ny stgh tukang jahit dah tak mahu menerima tempahan, apatah lg sy ni pelanggan baru. Syukur lah masih ada yg sudi nak menjahit pakaian kami. Anak2 sy le yg paling gembira. Lg sbln Ramadhan akan menjelang. Seronokny tggl di Kelantan ni, suasana Ramadhan sgt meriah. Waktu ini aje le yg sy suka tggl di kota bhru ne. He he.. Diam tak diam klu pnj umur ini kali keempat sy menyambutnya. Dah tua2 ni, rasa tak sabar menanti Ramadhan menjelang..

Monday, July 20, 2009

TERIMA KASIH

Blog saya ni, kakak yang tolong buatkan. Saya ni memang rajin melayari blog kakak saya dan ternanti-nanti n3 terbarunya. Dah lama tak mengarang otak pun naik beku. Mudah-mudahan dgn adanya blog ini, otak saya yang dah beku ni cair balik. terima kasih ne n amar..